PETALING JAYA: Malaysia sekali lagi menjadi bualan dunia apabila peminat bola sepak dari Malaysia hadir menyaksikan perlawanan Piala Dunia 2026 antara Brazil dan Norway dengan menggunakan busana tradisional serta menggayakan topi durian di Metlife Stadium, New Jersey, Amerika Syarikat Ahad lalu.
Peminat terbabit yang juga pempengaruh menggunakan nama Theimanalii dan memiliki lebih 128,000 pengikut, turut berkongsi pengalaman di platform sosial media apabila hadir ke stadium memakai busana tradisional Melayu serta mengibarkan Jalur Gemilang.
Penampilannya yang unik menerima pelbagai reaksi positif daripada warga maya, malah ramai menyifatkannya sebagai cara kreatif memperkenalkan identiti serta budaya Malaysia di pentas sukan berprestij dunia itu.
Perkongsian tersebut turut membangkitkan rasa bangga dalam kalangan rakyat Malaysia apabila Jalur Gemilang dan warisan budaya tempatan berjaya mendapat perhatian di pentas antarabangsa.
Dalam perlawanan itu, Norway menewaskan Brazil 2-1 pada aksi pusingan 16 sekali gus, menyingkirkan juara dunia lima kali itu daripada saingan seterusnya. – UTUSAN






