Sempena tahun baru 2026, pelakon Nora Danish menitipkan pesanan kepada pengikutnya agar berhenti menghukum orang lain.
Menerusi satu hantaran di Threads, Nora berkata setiap perkara yang berlaku dalam hidup seseorang sudah diatur termasuk ujian yang dilalui.
BACA: Nora Danish, Mickey Ayo Saling Berbalas Hadiah Kasut Sukan, Jam Tangan

“Setiap sesuatu yang kita lihat , semua telah Allah aturkan untuk kita yang rasa, kita yang dipilih. Untuk apa? Supaya kita jadi lebih baik. Tahun 2026 dah, cukup la kot hukum orang. Kerja Allah jangan kita ambil,” katanya.
Perkongsian Nora itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang bersetuju dengan hantaranya itu namun ada yang meminta Nora untuk menegur rakan-rakan usrah yang didakwa mengambil ‘peranan Tuhan’ dalam isu-isu sebelum ini.






