'Dada rasa macam ada renjatan elektrik' – Datuk Remy Ishak

'Dada rasa macam ada renjatan elektrik' – Datuk Remy Ishak


Kuala Lumpur: Aktor Datuk Remy Ishak dimasukkan ke sebuah pusat perubatan selepas dikatakan mengalami kesakitan pada dada.

Melalui hantaran dimuat naik di Instagram Story (IGs), pelakon filem Sangkar itu memberitahu dadanya terasa seperti terkena renjatan elektrik.

“Ketika ‘training’ Super Saturday tadi, tiba-tiba macam ada renjatan elektrik pada bahagian dada sebanyak tiga kali.

“Panik sekejap tetapi berjaya kawal nafas dan habiskan sesi ‘work out’ hari ini,” katanya yang terus merujuk masalah berkenaan ke hospital.

Pelakon berusia 43 tahun itu turut berkongsi foto tangannya yang diberi ‘drip’.

Menurut bapa kepada seorang cahaya mata itu, doktor berpesan supaya dia memperbanyakkan rehat.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top