Dakwaan Farid Kamil Terlibat Kes Dadah, Diana Danielle Harap Berita Tidak Benar

Dakwaan Farid Kamil Terlibat Kes Dadah, Diana Danielle Harap Berita Tidak Benar


Pelakon Diana Danielle enggan mengulas mengenai dakwaan bekas suaminya, Farid Kamil didakwa terlibat dengan kes dadah.

Memetik mStar Online, Diana berkata dia tidak tahu mengenai berita berkenaan serta berharap dakwaan itu tidak benar.

BACA: Pelakon Lelaki Popular Kantoi Dadah

“Saya tak boleh nak komen lebih lanjut sebab saya pun tak tahu apa yang berlaku. Saya harap berita ini tidak benar. Saya memang tak tahu apa-apa. Apa yang boleh saya cakap, saya mendoakan yang terbaik,” katanya.

Minggu lalu, polis menahan pelakon terkenal selepas ujian saringan air kencing didapati positif dadah. Sumber turut memberitahu pelakon itu akan didakwa di mahkamah dalam masa terdekat.

Sumber: mStar Online






Source link

OR

Scroll to Top