Dakwaan kontroversi bekas isteri, Bendahari Pemuda BN direhat sementara

Dakwaan kontroversi bekas isteri, Bendahari Pemuda BN direhat sementara


zanariah_mutalib@bh.com.my

Kuala Lumpur: Bendahari Pemuda Barisan Nasional (BN), Datuk Shahrul Nasrun Kamarudin direhatkan sementara daripada tugasnya susulan dakwaan kontroversi oleh bekas isterinya yang tular di media sosial.

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh berkata, keputusan itu dibuat bagi memberi ruang kepada Shahrul Nasrun untuk menyelesaikan urusan peribadinya selepas isu berkenaan mendapat perhatian umum.

“Buat masa ini, Datuk Shahrul direhatkan sementara daripada tugasnya sebagai Bendahari Pemuda BN bagi membolehkan beliau menumpukan perhatian kepada urusan peribadinya.

“Mengenai hal peribadinya, kami tidak akan campur tangan dan akan memberinya ruang yang diperlukan untuk menyelesaikannya,” katanya, seperti dilaporkan sebuah portal berita, hari ini.

Kontroversi membabitkan Shahrul Nasrun tercetus baru-baru ini, selepas bekas isterinya, Amyera Zainal membuat beberapa dakwaan melalui media sosial.

Pempengaruh dan usahawan itu dilapor berkata, beliau berbuat demikian kerana merasakan ada pihak tertentu yang cuba merosakkan reputasinya.

Dakwaan tercetus hanya beberapa hari selepas Shahrul Nasrun bertunang pada 25 Oktober lalu, yang membangkitkan perbincangan meluas di media sosial mengenai kredibilitinya sebagai seorang tokoh politik.

Shahrul Nasrun kemudian mengeluarkan kenyataan di media sosial, menafikan dakwaan itu dan menyatakan kekesalan kerana isu peribadi menjadi perhatian umum.

Beliau juga mempertahankan tunangnya, Meerween Hanees Natasha Meeat dan menegaskan bahawa wanita itu tidak terbabit dalam skandal berkenaan.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top