PEMAIN pertahanan Diogo Dalot tegas menyatakan tidak mahu menjadi sebahagian daripada pasukan terburuk dalam sejarah Manchester United.
Pengendali United, Ruben Amorim menyifatkan gergasi England berkenaan seperti itu selepas The Red Devils tewas 1-3 kepada Brighton di Old Trafford United bulan lalu.
“Saya tidak mahu mendengarnya lagi. Jadi mesej untuk sesi latihan seterusnya saya perlu menunjukkan bahawa saya tidak mahu tergolong dalam pasukan Manchester United yang lebih teruk dalam sejarah.
“Anda boleh menganalisisnya sebagai sesuatu yang negatif. Saya pula menganalisisnya sebagai sesuatu yang positif mahu mengubah keadaan.
“Rakan sepasukan juga begitu dan kami menunjukkan semasa menentang FCSB, kami mahu mengubahnya. Jadi mudah-mudah an menentang Crystal Palace, Ahad kami boleh melakukannya lagi,” katanya.
Mengenai Amorim, Dalot berkata, “Jelas sekali dia seorang lelaki bersemangat. Dia sebagai pemain dan kini dia sebagai pengendali, dan saya percaya itulah yang diperlukan kelab pada ketika ini.
“Bercakap kepada semua peminat bahawa mereka sentiasa menunjukkan hasrat mahukan yang terbaik untuk kelab. Itu yang dia mahu,” kata pemain berusia 25 tahun itu.
Jika United menewaskan Palace di Old Trafford, Amorim akan membimbing United untuk memenangi aksi Liga Perdana Inggeris berturut-turut buat kali pertama musim ini.
Sementara itu, United menyempurnakan pembelian pemain England, Ayden Heaven dari Arsenal.
Pemain berusia 18 tahun itu menandatangani perjanjian sehingga 2029, dengan pilihan setahun lagi, selepas kelab mencapai perjanjian pampasan yang tidak didedahkan.
Heaven membuat penampilan sulung bersama Arsenal awal musim ini dan United berkata dia akan segera bergabung dengan skuad pasukan utama Amorim.
—————————————————————-
LIGA PERDANA INGGERIS AHAD (2 FEBRUARI)
Manchester United lwn Crystal Palace, 10 malam
Brentford lwn Tottenham Hotspur, 10 malam
ISNIN (3 FEBRUARI)
Arsenal lwn Manchester City, 12.30 malam
SELASA ( 4 FEBRUARI)
Chelsea lwn West Ham United, 4 pagi