May 21, 2024

Data peribadi 49 juta pelanggan Dell bocor


TEXAS: Dell Technologies mengesahkan pihaknya sedang menyiasat pelanggaran dan pencerobohan data yang mengakses jutaan maklumat pelanggan. 

Syarikat teknologi di Amerika Syarikat mengesahkan pelanggaran itu kepada portal berita UPI, menerusi emel mengenai Dell mempunyai akses kepada pangkalan data yang mengandungi ‘maklumat pelanggan yang terhad’ termasuk nama, alamat fizikal serta perkakasan dan maklumat pesanan tertentu. 

“Ia tidak termasuk maklumat kewangan atau pembayaran, alamat emel, nombor telefon atau sebarang data pelanggan yang sangat sensitif. 

“Apabila menyedari insiden ini, kami melaksanakan segera prosedur tindak balas menggunakan langkah pencegahan dengan menyiasat dan melaporkan pada penguat kuasa undang-undang,” katanya. 

Minggu lalu, Dell memaklumkan pihaknya menjadi mangsa penggodaman apabila 49 juta data pelanggan dicuri.  

Syarikat itu percaya ia ‘tidak menimbulkan risiko ketara berdasarkan maklumat yang terlibat’. 

Dell memberitahu pihaknya mempunyai program keselamatan siber yang direka untuk mengehadkan risiko termasuk kepada pelanggan dan rakan kongsinya. 

Siasatan terhadap pencerobohan data itu turut disokong oleh pakar forensik. 

“Kami akan terus memantau keadaan ini dan mengambil langkah untuk melindungi maklumat pelanggan. 

“Walaupun kami percaya tidak terdapat risiko ketara kepada pelanggan, kami mengambil langkah proaktif untuk memaklumkan sebarang perkembangan kepada pelanggan mengikut kesesuaian,” katanya.  





Source link

OR

Scroll to Top