Pelakon Amyza Aznan menerima ujian berat apabila anak sulungnya, Andre Mikhail Khairil Izhar yang berusia 20 tahun meninggal dunia sebentar tadi akibat kanser paru-paru sekitar jam 10.15 malam tadi.
Perkhabaran duka itu dikongsi menerusi hantaran Instagram Story milik Amyza yang memuat naik foto keadaan di hospital.

“Assalammualaikum, dengan dukacita anak saya Andre Mikhail Khairil Izhar telah pulang ke negeri yang abadi, mintak semua sedekahkan Al-Fatihah kepada anak saya,” tulisnya.
Sebelum ini, Andre disahkan menghidap kanser paru-paru dan beberapa hari sebelum ini, anak sulung Amyza dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur untuk menerima rawatan.
Artikel Berkaitan: “Tak Ada Lebih Makbul Dari Doa Seorang Ibu” – Isteri Aliff Syukri Simpati Nasib Amyza Aznan & Anak-Anak
Artikel Berkaitan: “Terima Kasih Abang Fattah Amin & Akak Amira Othman Atas Sokongan & Kebaikan” – Anak Amyza Aznan Luah Rasa Terharu
Artikel Berkaitan: Amyza Aznan Diuji Lagi, Anak Kedua Disahkan Hidap Kanser Tulang





