Dharma Harun Meninggal Dunia 

Dharma Harun Meninggal Dunia 


Pelakon veteran Dharma Harun dilapor meninggal dunia sendirian pada pukul 9.10 malam tadi di kediamannya.

Berita duka itu dimaklumkan oleh anak lelakinya iaitu Syafiq Dharma menerusi laman Instagram miliknya. 

BACA: Dharma Harun Nak Kerja, Tak Nak Berharap Pada Sumbangan Orang Ramai

“Ayah saya meninggal waktu saya balik tadi pukul 9.10 malam. Akan diuruskan di Masjid Abu Ubaidah Jalan 1/26 Taman Sri Rampai, 53300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur,” tulisnya.

Memetik Harian Metro, Syafiq berkata sebaik tiba di rumah dia mendapati tubuh badan arwah bapanya sudah keras dan sejuk. 

“Saya baru balik kelas. Dia jatuh. Tubuh badannya dah keras dan sejuk. Saya pusing mana pun dia keras. Saya sudah panggil ambulans,” katanya.

Pada Julai lalu, medi melaporkan keadaan fizikal pelakon popular era 1980-an itu semakin merosot. Ia berikutan Muhammad Al Syafiq memuat naik gambar Dharma yang sedang mengerjakan solat dalam keadaan duduk.

Sumber: Harian Metro






Source link

OR

Scroll to Top