Pelakon, Azar Azmi mendedahkan rakan industri, aktres Ozlynn Waty adalah individu yang sempat dihubunginya sebelum tiga hari ditangkap reman.
Menerusi podcast sembang seram dikendalikan oleh Safwan Nazri, Azar menyifatkan Ozlynn yang juga isteri kepada pelawak dan penyampai radio, Johan itu sebagai insan yang membantu dan mendengar detik hitam yang terjadi dalam hidupnya.
“Masa aku susah, ada seorang kawan baik aku yang tahu cerita aku ni sebenarnya. Tiga hari sebelum aku kena ambil (ditangkap reman). Dia adalah Ozlynn Waty.
“Aku sempat bercakap dengan dia, cerita semua kronologi,” katanya.
Azar meluahkan rasa sebak apabila dia dapat membeli keperluan anak-anaknya, selain dapat menjamu makanan kesukaan mereka atas rasa ihsan seorang sahabat.
“Dia adalah bagi sikit zakat dekat aku yang aku boleh beli lampin anak, susu anak. Momen dia bagi duit tu, anak aku dapat makan ayam goreng sebab itu makanan kegemaran dia. Dia selalu sebut kepci (KFC).
“Dialah yang ada, aku cerita dia duduk dengar sampai dengan dia sekali menangis tanya apa dah jadi dengan aku sampai jadi tahap ni,” katanya.
@sembangseram Alhamdulillah ya Allah. Sebak terus dengar part ayam goreng tuuu 😭😭 #azarazmi #sembangseram #safwannazri #podcast #kisahseram
Terdahulu, Azar bersama suaminya, Mohd Apri Hazreen pernah ditahan bagi membantu siasatan kes penipuan melibatkan urusan penjualan tanah kurnia serta penipuan darjah kebesaran yang mengakibatkan kerugian.
Artikel Berkaitan: Azar Azmi Nafi Guna RM40,000 Sumbangan Aliff Syukri Untuk Ikat Jamin Suami, Fokus Bayar Hutang Cecah Ratusan Ribu Ringgit
Artikel Berkaitan: “Kalau Saya Terangkan Pun Mereka Akan Cakap Saya Pelakon Mampu Berlakon” – Azar Azmi Pertahan Diri, Malas Ambil Pusing Tuduhan Tak Jaga Anak Tiri
Artikel Berkaitan: Dedah Pernah Minta Bantuan Rakan Artis Nak Beli Susu & Lampin Anak, Azar Azmi Kongsi Kisah Sebenar 6 Tahun Menyepi






