“Dia Budak Yang Baik, Sopan & Lembut Tutur Kata” – Firdaus Wong Dedah Individu Pijak Al-Quran Seorang Mualaf

“Dia Budak Yang Baik, Sopan & Lembut Tutur Kata” – Firdaus Wong Dedah Individu Pijak Al-Quran Seorang Mualaf


Pendakwah bebas, Firdaus Wong atau nama lengkapnya, Firdaus Wong Wai Hung mendedahkan individu yang memijak kitab suci, al-Quran merupakan seorang mualaf.

Menerusi perkongsian di platform Threads, Firdaus berkata, individu yang dikenali sebagai Vikneswaran merupakan seorang yang berperibadi baik.

Malah, sebagai seorang yang bertanggungjawab memberi tunjuk ajar dan mengislamkan individu tersebut, Firdaus mengaku terkejut dengan tindakan yang dilakukan.

“Individu yang memijak al-Quran merupakan seorang Muslim. Seorang mualaf dan bersyahadah 20 April 2025. Nama Islamnya adalah Muhammad Zain.

“Dia budak yang baik. Sopan santun dan lembut tutur katanya. Dia hubungi sayadi Instagram dan mesej bertalu-talu ‘insist’ dan kejar saya untuk mengislamkan dia.

“Sejujurnya, saya terkejut. Apa yang berlaku pada dirinya?

“Adakah dia dihasut, diprovokasi atau perkara lain? Saya juga ingin memahami dan membantu,” katanya.

Menerusi hantaran berlainan pula, Firdaus tampil menjawab spekulasi warganet berkenaan pendedahan identiti individu terbabit.

“Kenapa selepas seminggu baru tulis tentang individu yang memijak al-Quran itu adalah mualaf,” soal netizen.



Source link

OR

Scroll to Top