Pelakon dan penyanyi, Abby Abadi menyentuh hati ramai apabila menitipkan doa penuh harapan buat anak perempuannya, Marissa Dania, agar dikurniakan majlis perkahwinan yang indah dan bermakna.
Menerusi perkongsian di TikTok miliknya, Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan meluahkan harapan supaya Marissa dapat merasai detik bersejarah yang wajar diraikan, sama seperti wanita lain.
“Mama tengah berangan ni… berangan yang percuma. Mama doakan untuk anak cantik mama, Marissa Dania ini agar ada rezeki merasai majlis yang indah-indah supaya menjadi kenangan abadi buat dirinya, kerana dia juga berhak diraikan sebaiknya.
“Ya Allah, semoga ada rezeki untuk anak ini. Kurniakanlah majlis yang serba indah dan penuh ketenangan, serta seri wajahnya dengan cahaya kebahagiaan.
“Lapangkanlah jiwa dan raganya, serta peliharalah kehidupannya daripada segala ujian yang boleh melemahkan iman. Amin,” katanya.
@abbyabadi.exclusive Mama tengah berangan ni.. Berangankan free hihi.. Doakan utk Anak cantik Mama @Marissa Dania ni agar ada rezeki merasa majlis yg indah2… supaya jadi kenangan abadi utk diri dia.. sbb dia juga berhak diraikan sebaiknya 😘 Ya Allah, semoga ada rezeki utk anak ini Ya ALLAH. Majlis yg serba indah, yg penuh ketenangan, serikanlah wajahnya dengan cahaya kebahagiaan, lapangkanlah jiwa raganya dan peliharalah kehidupannya daripada segala ujian yang melemahkan iman. Aminnnnn.. tolongg Aminkan sekali doa Mamanya ini 🤭😍
Untuk rekod, Marissa Dania telah mendirikan rumah tangga bersama Ahmad Aslam sebagai isteri kedua dalam satu majlis pernikahan yang berlangsung di Thailand pada 27 Disember 2023.






