“Dia Tukar Telekung & Sejadah Baru” – Individu Dedah Amira Othman Sering Sedekah Di Masjid

“Dia Tukar Telekung & Sejadah Baru” – Individu Dedah Amira Othman Sering Sedekah Di Masjid


Seorang individu tampil mendedahkan mengenai sisi peribadi pelakon dan penyanyi Amira Othman disifatkan mempunyai peribadi yang baik.

Menerusi hantaran individu itu, yang paling dia ingat di dalam kereta Amira sentiasa ada telekung dan sejadah baru.

BACA: Fesyen Disamakan Dengan Terung, Amira Othman Tak Boleh Puaskan Hati Semua Pihak

Menurutnya, Amira akan tukarkan telekung dan sejadah baru setiap kali ke surau atau ke masjid untuk digunakan orang ramai.

“Entahlah, setahu saya Amira Othman ni baik sangat orangnya. Saya masih ingat, dalam kereta dia memang ada telekung dan sejadah baru. 

“Setiap kali dia singgah surau awam atau masjid, dia akan tukarkan dengan yang baru. Amalan itu dia buat sebelum dia terkenal lagi,” katanya.

Terdahulu, Amira dan Fattah tampil bersuara apabila menerima kecaman setiap kali bersiaran langsung.

Amira mempersoalkan mengapa ada yang menonton meskipun tidak sukakan mereka. Fattah berkata siaran langsung tersebut adalah untuk mencari rezeki serta bercakap perkara yang baik-baik.






Source link

OR

Scroll to Top