“Diana Danielle, Bella Astillah, Adira Kongsi Pengalaman, Nasihat Kekal Tenang”

“Diana Danielle, Bella Astillah, Adira Kongsi Pengalaman, Nasihat Kekal Tenang”


Bekas isteri kepada Nubhan iaitu Dr Afifah Hidayah terharu apabila menerima sokongan daripada rakan-rakan selebriti ketika melalui fasa perpisahan.

Memetik mStar Online, Dr Fie berkata kata-kata sokongan serta pengalaman yang dikongsikan rakan selebriti sekaligus memberi kekuatan untuk dirinya bangkit serta terus kuat.

BACA: Nubhan, Dr Fie Sah Bercerai Talak Dua

“Alhamdulillah ramai selebriti yang hubungi saya. Antaranya Diana Danielle, Bella Astillah dan Adira. 

“Mereka banyak berkongsi pengalaman serta menasihati saya supaya kekal tenang. Sokongan ini membuatkan saya rasa lebih kuat,” katanya.

Sementara itu, Dr Fie berkata dia masih boleh berkawan dengan bekas suaminya dan hubungan mereka dalam keadaan baik demi anak-anak.

“Kami masih boleh berkawan, itu yang saya harapkan. Demi anak-anak, kami tak pelru bermasam muka,” katanya.

Dalam pada itu, Dr Fie terbuka untuk menceburi bidang seni jika menerima tawaran yang sesuai dengan profesion sebagai doktor gigi.

Sumber: mStar Online






Source link

OR

Scroll to Top