Nama pelakon, Bella Astillah menjadi sebutan dan kritikan segelintir pihak apabila didakwa tidak membenarkan anak-anaknya berjumpa bekas suami, aktor, Aliff Aziz.
Menerusi perkongsian di platform Threads, individu tersebut menyifatkan Bella seolah-olah gedik kerana sering membawa anak-anaknya bertemu Syed Saddiq.
“Gedik betul Bella Astillah. Anak-anak tak bagi bekas suami langsung dah bertahun-tahun.
“Tak nak bagi anak-anak confuse katanya. Bawa jumpa Syed saddiq menggatal boleh pula,” dakwa individu berkenaan.
Tidak berdiam diri, kakak kepada Bella iaitu Didi Astillah tampil membidas komen yang tidak berasas itu.
Kata Didi, dia menyelar tindakan individu berkenaan yang sewenang-wenangnya melempar fitnah tanpa mengetahui perkara sebenar.
“Bila jenis nak masuk campur urusan hidup orang tapi tak tahu cerita sepenuhnya,” katanya.







