Pelakon Linda Hashim bakal bergelar mutawaifah untuk membimbing jemaah untuk menunaikan ibadah umrah bermula tahun hadapan.
Memetik Harian Metro, Linda ebrkata dia masih lagi belajar dan mengikuti kursus serta memohon doa agar dipermudahkan urusannya dalam bidan baru itu.
BACA: 13 Tahun Bersama, Linda Hashim & Beego Sah Cerai Talak 3
“Insya-Allah saya akan membimbing jemaah untuk ke umrah. Saya akan bergelar mutawif wanita atau mutawwifah lepas ini. Saya sangat-sangat baru dalam bidang mutawwifah ini, masih lagi ada kursus dan masih lagi belajar. Insya-Allah tahun depan ia akan bermula. Doakan semoga saya berjaya dalam bidang baru ini,” katanya.
Sementara itu, mengulas mengenai kerjanyanya dalam bidang lakonan, dia akan melihat cerita yang bersesuaian serta memberikan manfaat kepada penonton.
“Cerita yang saya rasa mendatangkan manfaat pada penonton, saya takkan lepaskan peluang untuk berlakon. Tapi kalau kata cerita itu tidak mendatangkan apa-apa kesan pada penonton, mungkin saya tak buatlah.
“Sebab sekarang ini apa yang kita buat semua kita nak kena fikir, kita ini ada pengikut. Jadi nak kena fikir bila orang tengok kita, nak orang tengok yang elok-elok saja. Yang sejuk mata memandang, yang baik-baik sajalah. Tak nak tunjuk benda yang tidak baik,” katanya.
Linda Hashim dan Beego sah bercerai talak tiga oleh Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur hari ini selepas 13 tahun mendirikan rumah tangga.
Sumber: Harian Metro






