“Doktor Pun Tahu Saya Nak Keluar Lagu Baru” – Bawa Anak Ke Klinik, Syasya Rizal Terkejut Dikenali Doktor

“Doktor Pun Tahu Saya Nak Keluar Lagu Baru” – Bawa Anak Ke Klinik, Syasya Rizal Terkejut Dikenali Doktor


Penyanyi Syasya Rizal berkata dia tidak merasakan dirinya sebagai seorang selebriti apabila keluar bersama anak-anak.

Menerusi satu hantaran di Threads, Syasya berkata dia hanya melihat dirinya sebagai seorang wanita yang sedang melakukan tanggungjawab ibu.

BACA: Syasya Rizal Termakan Daging B*bi Ketika Bercuti Di China

Bagaimanapun, Syasya berkongsikan momen mencuti hati ketika dia membawa dua anaknya ke sebuah klinik baru-baru ini.

Syasya berkata dia membawa anak sulungnya Muhammad Yassir Hayyan menjalani pemeriksaan gigi kali pertama, dan anak keduanya, Yara untuk suntikan vaksin.

Menurut Syasya, dia tidak sangka doktor yang merawat anaknya mengenalinya serta tahu dia bakal lancarkan lagu baru.

“Hari ni bawak Obot pergi check gigi buat kali pertama, and Obit pergi vaccine. Lepas tu doctor tiba-tiba cakap, ‘You look so familiar, you bukan yang nak keluar lagu baru tu ke?’  

“Terkejut saya, doctor pun tahu saya nak release lagu baru. Lepas tu doktor anak saya cakap lagi, ‘First time jumpa artist humble,” tulisnya. 






Source link

OR

Scroll to Top