June 14, 2024

Doohan ganti Ocon


Oxfordshire: Pelumba simpanan Alpine dari Australia, Jack Doohan akan menggantikan Esteban Ocon dalam sesi latihan pertama Jumaat ini di Grand Prix (GP) Kanada, kata pasukan Formula Satu (F1) milik Renault itu.

Alpine mengumumkan Isnin lalu bahawa Ocon, yang bertembung dengan rakan sepasukan, Pierre Gasly pada perlumbaan terakhir di Monaco dan dikenakan penalti lima petak untuk Montreal, akan meninggalkan pasukan pada penghujung musim.

Doohan, 21, adalah anak kepada juara dunia lima kali motosikal 500cc, Mick dan mungkin pengganti kepada pelumba Perancis itu.

Doohan mengambil bahagian dalam empat sesi latihan bebas rookie F1, yang terbaru di Abu Dhabi pada penghujung musim lalu.

“Saya berterima kasih kepada pasukan kerana berpeluang mendapatkan lebih banyak masa di trek dan juga membiasakan diri dengan jentera 2024 pada awal musim ini,” katanya.

“Ini juga akan membantu dengan kerja yang saya lakukan dalam simulator, terutamanya di pusingan Eropah.”

Alpine berada di tempat kesembilan dalam kedudukan 10 pasukan dengan mengumpul dua mata daripada lapan perlumbaan.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top