Dr. Fie Bangkit, Kini Pilih Hidup Tenang – “Allah Maha Mengetahui Apa Yang Terbaik”

Dr. Fie Bangkit, Kini Pilih Hidup Tenang – “Allah Maha Mengetahui Apa Yang Terbaik”


Isteri kepada penyanyi Nubhan, Dr. Fie akhirnya tampil meluahkan perasaannya selepas melalui pelbagai ujian dalam kehidupan, termasuk isu rumah tangganya.

Menerusi perkongsian di media sosial, Dr. Fie mengakui dirinya tidak lari daripada melakukan kesilapan dan sebagai manusia waras, dia kini memilih untuk menjalani kehidupan dengan lebih tenang dan damai.

Jelasnya, kenyataannya sebelum ini hanyalah sekadar luahan hati seorang ibu yang sedang terluka.

“Kalau ada kata-kata yang terluah melebihi batas, itu cuma luahan hati seorang ibu yang terluka.

“Tapi hari ini aku pilih tenang. Allah maha mengetahui apa yang terbaik. Dan saya percaya dengan setiap ketentuan-Nya,” kongsinya.

 

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet mendoakan agar Dr. Fie kuat menjalani kehidupan dan bertemu dengan jodoh yang lebih baik kelak.

Perkongsian terbaru adik ipar kepada penyanyi Nubhan, iaitu Zaim Tawfek, mencuri perhatian ramai selepas tampil mempertahankan kakaknya, Dr. Afifah Hidayah Tawfek atau lebih dikenali sebagai Dr. Fie.

Menerusi platform Threads, Zaim dilihat meninggalkan komen pada salah satu hantaran Dr. Fie yang memohon doa orang ramai agar urusan rumah tangganya dipermudahkan.

Dalam komen berkenaan, Zaim bukan sahaja menempelak penyanyi berusia 39 tahun itu sebagai ‘lelaki pondan’, malah turut mendakwa Nubhan sering melarikan diri dari rumah setiap kali berdepan masalah.

“Buat apa nak meratapi lelaki pondan. Ada masalah, lari rumah. Rupanya lari nak duduk dengan bibik,” tulisnya.

ARTIKEL BERKAITAN:Gelar Abang Ipar P*ndan? Perkongsian Adik Dr. Fie Curi Tumpuan, Dakwa Nubhan Lari Rumah Setiap Kali Ada Masalah

ARTIKEL BERKAITAN:“Saya Besarkan Mereka Dengan Doa Dan Impian” – Nubhan Fail Hadanah, Ciapan Dr. Fie Raih Tumpuan

ARTIKEL BERKAITAN:“Bibik Lebih Layak Dari Ibunya?” – Netizen Dakwa Nubhan Padam Komen Meruntun Jiwa Isteri?

ARTIKEL BERKAITAN:Wajah Anak Jadi Pengubat Rindu Pada Suami, Luahan Hati Isteri Nubhan Sarat Emosi – “Masih Ada Kasih & Doa Buat Dia”



Source link

OR

Scroll to Top