Pempengaruh media sosial, Cik B menerima kejutan istimewa daripada ibunya, Datuk Seri Vida yang menghadiahkan kereta Lamborghini Urus.
Vida membuat kejutan berkenaan buat anaknya sempena ulang tahun kelahirannya ke-21 ketika di program Talk To My Manager malam tadi.
BACA: Cik B Beli Kereta Mewah RM1.7 Juta, Nombor Plat CB111 Sempena Hari Jadi
Ketika siaran langsung itu juga, Cik B juga seakan tidak percaya dengan hadiah yang diterima itu serta memeluk ibunya.
Dua tahun lalu, Cik B membeli kereta mewah G Wagon Brabus G63 sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-19 berserta nombor plat CB111 seperti namanya.





