Pelakon Amyza Aznan dan anak keduanya, Adrian Adam meluahkan rasa syukur menerima tajaan untuk menunaikan ibadah umrah daripada seorang individu.
Memetik BH Online, Amyza berkata berita gembira yang diterimanya itu disifatkan anugerah besar yang tidak disangka.
BACA: Aznil Nawawi Berjaya Kutip RM137,000, Bantu Kos Rawatan Anak Amyza Aznan
“Ini berita manis sempena Hari Raya Haji. Hadiah ini rasanya lebih mahal daripada yang lain,” katanya.
Sementara itu, Amyza berkata tajaan tersebut ditawarkan oleh pemilik sebuah syarikat pelancongan yang melihat hantaran seorang jurusolek mengenai impian Amyza dan anaknya yang mahu ke Tanah Suci.
Tambah Amyza lagi, anaknya sememangnya menyimpan hasrat untuk ke Tanah Suci terutama selepas disaahkan menghidap kanser tulang.
“Adrian memang teringin sangat nak pergi umrah. Dia pernah cakap perkara itu ketika awal dia didiagnos, dia nak berdoa di sana. Tapi dia tak pernah kongsi di media sosial, hanya dalam kalangan keluarga sahaja,” katanya
Kata Amyza lagi, jurusolek tersebut dipercayai menyedari keinginan itu selepas melihat Adrian menunaikan solat dirumahnya.
“Saya tak tahu bagaimana dia dapat ‘instinct’ itu. Mungkin selepas melihat Adrian solat di rumahnya,” katanya.
Sumber: BH Online






