Dua gol Careca gagal sekat The Cats ke separuh akhir

Dua gol Careca gagal sekat The Cats ke separuh akhir


sukan@hmetro.com.my

Kuching: Dua jaringan Terengganu FC menerusi Raianderson Morais belum cukup untuk mengekang kemaraan Kuching City FC ke peringkat separuh akhir Piala FA 2025.

Meskipun mencatat kemenangan 2-1 di Stadium Negeri, Petra Jaya, malam ini, skuad Penyu terpaksa akur kepada tuan rumah dengan agregat 5-3.

Turun dengan misi menghidupkan peluang, pelawat membuka jaringan menerusi Careca pada minit ke-12 apabila rembatannya gagal dihalang Rodney Kelvin.

Bagaimanapun The Cats menyamakan kedudukan 1-1 menerusi Ronald Ngah Wanja hasil sepakan penalti selepas Jimmy Raymond dijatuhkan pada minit ke-32.

Bersambung babak kedua, giliran Ramadhan Saifullah menghukum pelawat untuk mendahului 2-1 pada minit ke-50.

Bagaimanapun jaringan itu dibatalkan pengadil perlawanan Muhd Fusser Mad Salih selepas membuat semakan Video Bantuan Pengadil (VAR) mendapati pemain pertahanan Terengganu dikasari.

Serangan bertali arus anak buah Badrul Afzan Razali membuahkan hasil apabila Careca sekali lagi mencipta jaringan pada minit ke-93.

Walaupun keputusan memihak kepada Terengganu, namun Kuching City berjaya mara secara agregat ke semi final berdepan Johor Darul Ta’zim (JDT).

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top