“Dulu Malu Nak Cerita Saya Pernah Duduk Rumah Flat”

“Dulu Malu Nak Cerita Saya Pernah Duduk Rumah Flat”


Penyanyi Syasya Rizal mengakui pernah rasa malu untuk bercerita kepada orang ramai dia pernah tinggal di rumah flat bersama neneknya.

Menerusi perkongsian di Threads, Syasya memuat naik video memaparkan dia ke rumah tersebut bersama suami untuk menziarahi neneknya.

BACA: Syasya Rizal Termakan Daging B*bi Ketika Bercuti Di China

“Dulu, Syasya pernah malu mahu cerita yang Syasya duduk flat dengan Opah (nenek). Hari ini, Syasya balik semula bawa suami, bawa kenangan dan bawa rasa bangga jadi anak yang dibesarkan dengan cinta yang sederhana,” tulisnya.

Menurut Syasya lagi, dia ke rumah tersebut bertujuan untuk untuk mengambil baju kurung lama yang masih tersimpan di rumah berkenaan.

“Sebenarnya Syasya balik nak ambil baju kurung lama di sini. Tapi entahlah rasa emosi sedikit. Lama betul Syasya tidak jejakkan kaki ke rumah Opah.

“Naik lif lama yang bunyinya masih sama. Setiap tingkat terasa seperti membawa balik Syasya ke versi yang dulu. Di sinilah, Syasya belajar menjadi kuat dan hidup sederhana.

“Waktu Opah buka almari lama, bau kain, penyangkut baju, lipatan opah semuanya masih sama,” katanya.

Dalam pada itu, Syasya turut berkongsikan mengenai pesanan neneknya yang ringkas namun cukup bermakna menenai kehidupan yang sebenar.

“Opah cuma senyum dan pesan perlahan, hidup ini bukan tentang apa yang kita ada tetapi siapa yang ada waktu kita tiada apa-apa. Ayat itu ringkas je. Tetapi entah kenapa rasa berat di hati ini,” katanya.






Source link

OR

Scroll to Top