“Dulu Saya Sangat Liar, Dadah, Parti Di Kelab & Merompak”

“Dulu Saya Sangat Liar, Dadah, Parti Di Kelab & Merompak”

“Dulu Saya Sangat Liar, Dadah, Parti Di Kelab & Merompak”


Pelakon Aedy Ashraf tampil berani mendedahkan mengenai kehidupannya di zaman remaja yang kehilangan arah dan sangat liar.

Menerusi podcast bersama hos Datuk Aznil Haji Nawawi, Aedy berkata dia hidup tiada bimbingan ketika itu dan rasa ingin tahu serta mencuba apa saja.

BACA: Aedy Ashraf Setuju Lelaki Miskin Belum Layak Kahwin

“Saya boleh katakan saya seorang yang sangat liar ketika membesar. Bila saya tengok balik diri saya ketika berusia 16 hingga 26 tahun.

“Saya tak nampak ‘broken kid’ tapi saya nampak kanak-kanak yang tak dibimbing. Saya nampak budak yang ingin tahu tentang semua perkara dan tentang kehidupan sekeliling,” katanya.

Lebih mengejutkan, Aedy mengaku pernah terjebak dengan jenayah dadah dan merompak, namun aktor itu berkata mungkin kerana pengaruh rakan namun dia enggan menyalahkan orang lain.

“Saya terjebak dengan dadah, party di kelab malam dan sampai tahu tahap saya terlibat dengan merompak seperti pecah kereta.

“Mungkin saya salah pilih kawan juga tapi tak adil untuk saya menyalahkan orang lain. Saya rasa ketika itu saya cuma nak terokai dunia. 

“Bila orang kata satu benda tu salah, saya nak tahu. Jadi untuk saya belajar, saya kena melakakukan sesuatu dan baru tahu tindakan itu betul atau salah,” katanya.

Dalam pada itu, Aedy percaya dia masih dilindungi sehingga hari ini hasil doa daripada ibunya.

“Apa yang membuatkan saya selamat hingga ke hari ini adalah doa ibu saya sangat kuat,” katanya.






Source link

OR

Scroll to Top