Bagi kaum hawa, fasa putus haid (menopause) adalah satu fasa yang bakal mengubah kehidupan seorang wanita 360 darjah, selain fasa bergelar seorang ibu.
Ini demikian kerana, fasa ini merupakan fasa yang paling sensitif bagi segelintir individu. Begitu juga dengan apa yang dialami oleh Ratu Rock tanahair, Norzila Aminuddin yang lebih mesra disapa sebagai Ella.
Rasa Resah, Mudah Marah Simptom Awal Gangguan Hormon.
Menurut Ella, melalui fasa ini bukanlah sesuatu yang mudah. Namun, dengan persiapan yang selayaknya wanita mampu menghadapinya. Ella turut menitipkan nasihat agar wanita di Malaysia cakna tentang peri pentingnya menjaga kesihatan hormon.
Ketika ditanya bagaimana permulaan Ella terdetik mahu menjalankan rawatan mengekang masalah hormon yang dihadapinya, ini respon yang diberikan Ella.
“Mula tak berapa nak faham sangat pasal hormon ni. Tau-tau kita dah ada masalah je. Ada satu waktu tu, Ella rasa tak sihat mengadu dekat suami. Rasa badan tak selesa, resah dan tak tenang. Suami cadangkan berjumpa dengan Dr. Linda lakukan rawatan.
“Jujurnya Ella dah cuba macam-macam daripada perubatan moden, perubatan tradisional alami dan sebagainya untuk ikhtiar selesaikan masalah hormon ini. Tapi tak dapat penyelesaianya.
“Masa permulaan Ella dapat tau tekanan darah Ella tinggi, Ella tak mahu bergantung sepenuhnya pada ubat sahaja. Bukan Ella nak kata perubatan moden tidak bagus, tetapi untuk kesan jangka panjang tidak digalakkan,” ujar Ella.
Wanita Jangan Ambil Mudah Masalah Hormon! – ELLA
Setelah bertemu Dr. Linda, Ella berkata beliau mencadangkan agar Ella menjalani rawatan Terapi Hormon Bio Identik (BHRT) untuk menyelesaikan masalah ini.
Tambah Ella lagi, keadaan emosi yang tidak menentu disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon, memberi impak buruk kepada kesejahteraan dan kualiti hidup. Jadi adalah lebih baik jika tindakan awal dapat diambil segera.
Artikel berkaitan: Cinta Dan Kasih Ella Buat Palestin! Konsert Solidariti, Kumpul Dana Lebih RM 30,000 Bantu Saudara Se-Islam
“Ella setuju bahawa rawatan hormon ini tidak memudaratkan dan mengganggu apa-apa pun selain menyembuhkan dan menyihatkan Alhamdulillah.
“Ada diantara kawan Ella yang baru berusia 40-an dah menopaus disebabkan masalah gangguan hormon ini, jadi bila kita dapat tahu awal mungkin dapat membantu untuk mengekang masalah ini dari menjadi lebih teruk,” ujarnya.
Konsisten ‘Kunci’ Utama, Transformasi Ella Hanya Ambi Masa Tiga Bulan Sahaja
Pakar hormon, Dr. Linda Mat Hassin menjelaskan bahawa Ella melakukan transformasi kesihatan hormon miliknya, hanya dalam tempohmasa tiga bulan sahaja.
“Ella sangat konsisten menjalankan rawatan BHRT dan dalam tempoh tiga bulan, kitai sudah dapat melihat kesan ketara yang positif. Bacaan tekanan darah tinggi Ella daripada 190 mulai normal.
“Berat badan Ella bukan saja kembali seperti semasa berumur 30-an, malahan suami turut puji Ella kelihatan awet muda seperti anak dara dulu.” kata Dr. Linda.
Justeru, inilah sebab mengapa Ella tidak segan berkongsikan pengalaman yang dimilikinya.
Tujuan utama perkongsian ini adalah untuk memberi kesedaran awal kepada para wanita diluar sana agar menitikberatkan perihal kesihatan hormon dan tidak memandang enteng tentang permasalahan ini.
Sekadar info, Ella berkata demikian ketika ditemui pada sebuah majlis pendedahan tentang kesihatan hormon yang dinamakan sebagai “Superwomen Hormone Wellness Recognition Ceremony”.
Majlis ini diadakan bertujuan untuk meraikan konsistensi, keterbukaan dan inisiatif Ella dalam menyebarluaskan kepentingan penjagaan hormon dikalangan lelaki dan wanita khususnya mereka yang berada dalam lingkungan umur 35 tahun ke atas.
Artikel berkaitan: Ella ‘Hijabi Contoh’ Kembali Ke Tanah ‘Tumpah Darah’, Demi Laksana Tanggungjawab Sosial Korporat Santuni Warga Emas!
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
Tidak khusyuk dan penyakit was-was dalam solat berlaku disebabkan hati yang tidak dihidupkan dengan amalan zikir. Kesempurnaan dalam solat tidak hanya terletak pada gerak-geri sebaliknya kita ditekankan supaya berusaha untuk mendapatkan khusyuk dalam melaksanakan ibadat yang dituntut lima kali sehari itu.
Bagi mencapai kesempurnaan dalam solat, seharusnya kita menginsafi diri dan menerapkan diri dengan pelbagai amalan yang menjadikan kita khusyuk dalam solat. Berikut perkongsian Dr Rizal Abu Bakar
Kusyuk dalam solat ini adalah rezeki. Bukan semua orang mampu mendapatkannya. Walau bagaimanapun, kita perlu berusaha untuk mendapatkan kusyuk ini. Sebenarnya bolehkah kusyuk ini dilatih?
Apa yang menarik ialah apabila kita solat dengan kusyuk, aktiviti otak bernama Parietal Lobe menjadi kurang aktif. Itupun kalau tidak ada gerakan tangan menggaru. Perasan atau tidak kalau satu tempat gatal, digaru, akan ada tempat lain pula gatal. Inilah kerja parietal lobe.
Gerakan lain ialah seperti membetulkan baju. Waktu inilah rasa lengan baju terjuntai atau baju terangkat sedikit. Mulalah tangan bergerak sana-sini. Ini juga kerja parietal lobe.
Ditambah pula dengan terkenangkan kunci yang hilang atau merancang perkara yang hendak dilakukan selepas solat. Ketika inilah jugalah banyak idea datang melanda.
Apabila otak semakin sibuk tentang hal dunia, tandanya Parietal Lobe masih aktif.
Soalnya bagaimana mahu kurang aktiviti parietal lobe supaya solat lebih kusyuk?
Salah satu caranya ialah dengan mengawal pernafasan. Tarik nafas perlahan-lahan. Bukan sekali. Tapi berkali-kali.
Kaedah ini akan menurunkan gelombang otak ke gelombang alpha. Parietal akan mula kurang aktif. Sama juga dengan ketika mengambil wuduk. Apabila kita mengambil wuduk dengan conscious, gelombang alpha juga akan terbentuk. Ini namanya mindful wuduk taking.
Rasai setiap air yang menyentuh dan mengalir. Amati bunyi air yang sedang berbunyi. Rasai air yang singgah membasahi kulit. Alami rasa sejuk itu. Apabila kita lakukan begini, baharulah kita rasa nikmat berwuduk.
Jika laju sahaja pergerakannya, ia tidak menjadi dan anda tidak dapat merasai ‘pengalaman’ sedemikian. Jika anda mengambil wuduk dalam keadaan cepat, lagilah ia tidak menjadi. Ini contoh teknik mudah untuk meredakan aktiviti di parietal lobe. Sebenarnya banyak lagi teknik mudah yang boleh membantu meredakan aktiviti di parietal lobe. Walau bagaimanapun, cukup anda amalkan teknik ini terlebih dahulu.
HIJABISTA: Bagi mendapatkan solat yang sempurna juga memerlukan seseorang itu menjauhi sifat was-was yang boleh mengganggu perjalanan ibadat yang dilakukan.
Sumber kredit: Dr Rizal Abu Bakar
Download seeNI sekarang!
Setiap apa yang dihasilkan oleh penyanyi yang bersuara lunak ini pastinya memberikan impak yang besar kepada industri muzik tempatan. Barisan lagu yang dihasilkan tidak pernah mengecewakan malah sentiasa bermain ligat di minda. Itulah magis yang ada pada penyanyi yang berkualiti ini. Aina Abdul, namanya sudah tidak asing lagi dalam gelanggang muzik tempatan, terus mekar berkembang menghiasi landskap industri seni negara.
Hadir dengan karya terbaru, penyanyi ini tampil berbeza dengan sebuah lagu English yang rancak dan segar, sesuai dengan arus trend muzik hari ini yang dahagakan sesuatu yang baru dan unik.
Lagu Fool, bukanlah sebuah lagu semata-mata, malah ia boleh disifatkan sebagai karya yang menunjukkan penyanyi tempatan masih lagi berkualiti tinggi! Baru sahaja dilancarkan, video muzik Fool sudahpun menjadi kesukaan orang ramai. Apa yang menariknya, lagu yang dihasilkan oleh Aina ini bukan sahaja memiliki kekuatan dari sudut melodi serta liriknya, malah video muziknya juga tampak berbeza dan berkualiti persis penyanyi antarabangsa!
Diarahkan oleh anak muda yang dikenali sebagai Mshaffuan, sememangnya karya yang dihasilkan benar-benar berkualiti dan merupakan sebuah idea menarik yang dinanti-nantikan oleh netizen!
Lihat saja gaya agresif Aina serta pemilihan pakaian yang disarungkan, semuanya kelihatan ‘tajam’ dan ‘mahal’! Bernas! Maka, tidak hairanlah sekiranya ramai netizen yang melabelkan video muzik ini bertaraf video antarabangsa!
Bagi anda yang masih belum menonton video muzik Fool ini, anda boleh menontonnya di laman Youtube Aina Abdul dan juga boleh didengari di semua platform termasuklah di Spotify.
Sumber gambar: Instagram Aina Abdul
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Download seeNI sekarang!
Siapa yang tidak mengenali Dato’ Sri Siti Nurhaliza? Bukan sahaja di Malaysia, malah nama ini sudah sebati dengan masyarakat luar seperti di Indonesia dan juga di Singapura. Memiliki suara yang merdu dan lunak, peribadi yang mulia dan pastinya kejelitaan serta kecomelannya yang tiada tandingan!
Baru-baru ini, sempena menyambut ulang tahun Dato’ Sri yang ke 43, beliau mengadakan majlis minum petang yang bertempat di Barbie cafe, Grand Hyatt Kuala Lumpur. Ha! Apabila bercakap mengenai barbie, sudah tentulah temanya pun mengenai Barbie Doll kan?
Menerusi laman Instagram penyanyi nombor satu negara ini, gambar yang dimuat-naiknya dengan memakai gaun serta tudung merah jambu telah mencuri tumpuan masyarakat! Alahai! Comelnya Tok Ti! Dilihat sebagai anak patung hidup, rata-rata netizen tidak putus-putus memberi pujian terhadap Dato’ Sri! Busana yang direka khas oleh pereka ternama, Rizman Ruzaini itu pun nampak ‘sweet’ sangat apabila disarungkan oleh Dato’ Sri!
Nampaknya, walaupun sudah meningkat usia, ternyata kejelitaan Dato’ Sri Siti Nurhaliza tidak pernah pudar! Sentiasa menjadi pujaan ramai, beliau merupakan ‘role model’ sebenar dalam setiap aspek! Terima kasih Dato’ Sri!
Sebelum ini juga, sambutan hari jadi Dato’ Sri Siti Nurhaliza diadakan di Magica Quill Ballroom. Turut sama memeriahkan majlis itu ialah penyanyi terkenal dari Indonesia, ibu Hetty Koes Endang. Dato’ Sri Siti Nurhaliza juga turut hadir dengan sebuah dokumentari tentang perjalanan konsert Siti Nurhaliza On Tour yang diadakan di tiga buah negara iaitu Malaysia, Indonesia dan Singapura. Dokumentari Siti Are You Ready itu sudah boleh ditonton di Astro First dan Vimeo On Demand.
Sempena meraikan ulang tahun Dato’ Sri Siti Nurhaliza, team Hijabista mendoakan agar Dato’ Sri diberi kebahagiaan dunia dan akhirat, dipermudahkan segala urusan dan sentiasa dirahmati oleh-Nya. InsyaAllah. Amin Ya Rabb!
Sumber gambar: Instagram Dato’ Sri Siti Nurhaliza
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Download seeNI sekarang!