July 19, 2024

England kurang bersemangat, hanya seri dengan Denmark

England kurang bersemangat, hanya seri dengan Denmark


Frankfurt: England gagal menjamin tempat mereka ke peringkat kalah mati Euro 2024 selepas jaringan menakjubkan Morten Hjulmand membolehkan Denmark mengikat mereka 1-1 pada sebentar tadi.

Harry Kane memberikan Three Lions gol pendahuluan awal ketika England menghukum kesilapan pertahanan Denmark.

Rembatan kencang Hjulmand dari luar kotak penalti menyamakan kedudukan sebelum separuh masa pertama berakhir dan Denmark melepaskan peluang lewat perlawanan untuk mencatat kemenangan mengejutkan.

England kekal di tangga teratas Kumpulan C, dua mata di depan Slovenia, yang akan mereka hadapi di Cologne Rabu ini.

Bos England Gareth Southgate berkata sebelum ini beliau mengelak liputan media semasa kejohanan untuk mengelakkan cerita negatif.

Bagaimanapun, beliau akan bersiap sedia untuk menerima lebih banyak kritikan selepas satu lagi persembahan mendatar selepas dilabel sebagai salah satu pasukan pilihan kejohanan ini.

Denmark membuat permulaan yang lebih meyakinkan apabila kedua-dua pasukan bergelut untuk mengatasi padang tidak rata di Frankfurt yang baru menganjurkan perlawanan kedua daripada lima di Euro 2024.

Namun, England memanfaatkan kesilapan daripada anak buah Hjulmand untuk mendahului pada minit ke-18.

Victor Kristiansen tidak menyedari larian Kyle Walker di sebelah kanan dan hantaran silang rendahnya yang terbias jatuh dengan sempurna kepada Kane untuk menjaringkan gol ke-13 di kejohanan utama.

Kali ini Denmark tidak terkesan dengan bolos awal apabila Hjulmand yang diberi terlalu banyak ruang oleh pemain tengah England untuk merembat dari jarak jauh sebelum bola terkena tiang dan masuk ke dalam gawang.

Southgate tidak membuat sebarang perubahan pada waktu rehat, tetapi mengeluarkan pertahanan kanan Liverpool, Trent Alexander-Arnold dan memasukkan Conor Gallagher pada minit ke-55.

Prestasi Phil Foden untuk England menjadi sumber perdebatan selepas dia sekali lagi gagal menyerlah di peringkat antarabangsa bermula ketika menentang Serbia.

Kewaspadaan Southgate dikritik sebelum ini, tetapi beliau berani dengan membuat pertukaran untuk mencari kemenangan apabila mengeluarkan Kane, Foden dan Bukayo Saka sebelum membawa masuk Eberechi Eze, Ollie Watkins dan Jarrod Bowen.

Watkins hampir memberi impak serta-merta apabila percubaannya dinafikan oleh Kasper Schmeichel selepas hantaran cemerlang Jude Bellingham.

Namun, Denmark yang mempunyai peluang lebih baik untuk meraih tiga mata di hujung perlawanan.

Pierre-Emile Hojbjerg melakukan percubaan dengan hanya tersasar beberapa sentimeter daripada masuk ke dalawan gawang.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top