Er Yang buktikan bekas pemain tenis mampu kuasai gelanggang pickleball

Er Yang buktikan bekas pemain tenis mampu kuasai gelanggang pickleball

Er Yang buktikan bekas pemain tenis mampu kuasai gelanggang pickleball



PENGALAMAN dalam sukan tenis terus menjadi aset berharga buat bekas pemain kebangsaan, Khoo Er Yang apabila berjaya mencipta kejayaan berganda pada Kejohanan Pickleball Malaysia AmBank 2026 yang melabuhkan tirainya di Kelab Raket Playa, Subang pada Ahad.Pemain berusia 32 tahun itu muncul antara bintang utama kejohanan selepas merangkul dua gelaran, sekali gus mengukuhkan reputasinya sebagai antara pemain pickleball yang semakin menyerlah di negara ini.Gelaran pertama hadir menerusi acara beregu lelaki apabila Er Yang bersama gandingannya, Farreez Isqandar, menampilkan aksi konsisten untuk menundukkan pasangan Alexander Tran dan Julian Lee 11-6, 11-8 pada perlawanan akhir.Kemenangan itu membolehkan mereka membawa pulang hadiah wang tunai RM4,200 selain menamatkan penantian panjang selepas beberapa kali terkandas di pentas separuh akhir dalam kejohanan terdahulu.”Sudah tentu saya sangat gembira dengan kemenangan ini kerana dalam beberapa kejohanan sebelum ini kami banyak terkandas di separuh akhir.”Akhirnya kami berjaya mengatasi cabaran itu dan muncul juara,” kata Er Yang.Tidak cukup dengan satu gelaran, Er Yang sekali lagi mencuri tumpuan apabila bergandingan bersama Wong Joe Yan untuk menjuarai acara beregu campuran.Pasangan itu mempamerkan permainan mantap sebelum menewaskan Benjamin Ngoi dan Choong Kai Le dengan keputusan 11-6, 11-4 dalam perlawanan penentuan kejuaraan.Menurut Er Yang, peralihan daripada tenis kepada pickleball bukan sesuatu yang sukar kerana banyak elemen permainan kedua-dua sukan itu mempunyai persamaan.Katanya, pengalaman yang dimiliki membantu beliau dan rakan sepasukan memahami situasi permainan selain kekal tenang ketika berdepan detik-detik penting dalam perlawanan.”Memang pengalaman bermain tenis memberi kelebihan kepada kami, terutama untuk menyesuaikan diri dengan sukan ini.”Selain itu, kami juga lebih bersedia untuk menghadapi tekanan ketika perlawanan,” katanya.Kejohanan yang berlangsung sepanjang hujung minggu itu turut menarik perhatian ramai apabila disertai beberapa tokoh terkenal sukan dan hiburan tanah air.Turut memeriahkan acara ialah bekas kapten skuad hoki kebangsaan, Datuk Mirnawan Nawawi, personaliti televisyen, Datuk AC Mizal serta pasangan pemenang pingat perak Olimpik Rio 2016, Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying.Sementara itu, Pengarah Strategi Score Sports Management, James Tan menyifatkan edisi kali ini berjaya memenuhi sasaran penganjur dari segi penyertaan, persaingan dan sambutan penonton.”Kami sangat gembira dengan sambutan serta kualiti kejohanan yang berlangsung sepanjang hujung minggu ini.”Ia memberi keyakinan kepada kami untuk terus menganjurkan kejohanan ini pada masa akan datang,” katanya.Beliau berkata, perkembangan memberangsangkan yang ditunjukkan oleh komuniti pickleball tempatan memberi petanda positif terhadap masa depan sukan berkenaan di Malaysia.Menurutnya, peningkatan minat dalam kalangan pelbagai lapisan masyarakat membuka peluang untuk pickleball berkembang dengan lebih pesat dan menjadi antara sukan rekreasi serta kompetitif yang popular pada masa akan datang.



Source link

OR

Scroll to Top