Eskayvie Komited Sebar Kepentingan Nutrisi, Sokong Minda Anak Cemerlang

Eskayvie Komited Sebar Kepentingan Nutrisi, Sokong Minda Anak Cemerlang


Kuala Lumpur: Eskayvie, jenama kesihatan terkemuka di Malaysia, menganjurkan acara Eskayvie Grand Annual Dinner 2025 bertempat di sebuah hotel di sini.

Majlis bertujuan untuk meraikan kejayaan cemerlang tahun 2024 serta menghargai dedikasi dan usaha luar biasa intrapreneur dan Usahawan EskayvieNexus yang menjadi tulang belakang kejayaan syarikat.

Dengan tema “The Next Chapter: Honouring the Past, Transforming the Future,” majlis ini menjadi simbolik kepada perjalanan transformasi Eskayvie untuk menjadi jenama global yang terus relevan, inovatif dan dipercayai, selaras dengan visi memperkasakan ekonomidan kesihatan ummah.

Pengarah Urusan Eskayvie, Kartika Wati Mohamed berkata selepas lebih 15 tahun dalam industri kesihatan, transformasi ini adalah langkah strategik untuk memastikan Eskayvie terus relevan.

“Kami berhasrat untuk menjadi jenama global yang bukan sahaja menghasilkan produk berkualiti tinggi tetapi juga memberi nilai kepada pelanggan melalui inovasi, sains dan teknologi terkini.

“Eskayvie kini berada di kedudukan yang lebih strategik untuk menyokong pelanggan di rantau Asia Tenggara seperti Indonesia, Singapura, Brunei, Thailand dan Filipina, menjadikan jenama ini sebagai peneraju dalam industri kesihatan.” katanya.

Turut dilancarkan pada majlis sama kempen “Booster Minda-Inspirasi Generasi Masa Hadapan.

“Ia inisiatif penting yang bertujuan meningkatkan kesedaran mengenai isu malnutrisi di kalangan kanak-kanak Malaysia. Di Eskayvie, kami amat menitikberatkan kesihatan holistik masyarakat, khususnya daripada peringkat awal kanak-kanak.

“Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) 2022 menunjukkan 21.2 peratus kanak-kanak mengalami masalah bantut (stunting), 46.5 peratus kanak-kanak mengalami anemia, 15.3 peratus kanak-kanak berada di bawah berat badan normal (underweight) dan 6 peratus kanak-kanak adalah obes, meningkat kepada 14.3 peratus pada usia remaja.

“Masalah malnutrisi bukan sahaja menjejaskan tumbesaran fizikal tetapi turut memberi kesan besar kepada perkembangan otak. Ia termasuk kekurangan oksigen ke otak yang menghalang fungsi optimum seperti pembelajaran, ingatan dan perhatian.

“Penurunan neurotransmitter pula boleh menyebabkan masalah kognitif, tingkah laku dan kelesuanmental,” katanya.

Jelas Kartika lagi, selain itu, gangguan myelinasi melambatkan pemprosesan maklumat serta kemampuan kanak-kanak untuk memahami dan berkomunikasi.

Eskayvie memperkenalkan produk EskayvieMindtropic dan Mindtropic Junior, suplemen minda yang dirumus khas untuk menyokong perkembangan otak dan tubuh anak-anak berumur 2 hingga 17 tahun.

Kandungan nutrisi lengkap yang terdiri daripada Phosphatidylserine, Ashwagandha KSM-66 serta vitamin dan mineral membantu menyokong fungsi memori dan pembelajaran, menguatkan fokus dalam pembelajaran, mengurangkan tekanan seterusnya melengkapkan keperluan nutrisi harian kanak-kanak.

Tambahan pula, kandungan nutrisi lengkap yang terdiri daripada Phosphatidylserine, Ashwagandha KSM-66serta vitamin dan mineral membantu menyokong fungsi memori dan pembelajaran.

Sekali gus menguatkan fokus dalam pembelajaran, mengurangkan tekanan seterusnya melengkapkan keperluan nutrisi harian kanak-kanak.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Eskayvie, Dr Syid Ayob Syid Mustafa Al-Qudri pula, pihaknya berusaha menghasilkan produk berkualiti tinggi menggunakan bahan semula jadi dan teknologi terkini.

“Dengan Eskayvie Mindtropic, kami berharap dapat membantu ibu bapa menyediakan nutrisi yang mencukupi untuk anak-anak mereka, memastikan mereka membesar menjadi generasi yang lebih cerdas, produktif dan bersedia menghadapi cabaran masa depan,” katanya.

Tambahnya, sepanjang tahun lalu, jenama kebanggaan mereka mencatat pencapaian luar biasa dengan mengukuhkan komitmen terhadap ESG (Environmental, Social, Governance).

Maklumat lanjut layari www.eskayvie.com atau www.boosterminda.com

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top