July 16, 2024

EURO 2024: Air mata Ronaldo bertukar kegembiraan

EURO 2024: Air mata Ronaldo bertukar kegembiraan


FRANKFURT- Portugal berjaya menewaskan Slovenia 3-0 menerusi penentuan penalti dalam pusingan 16 terakhir Euro 2024, lapor Xinhua.

Dalam perlawanan yang penuh dramatik, Cristiano Ronaldo terlepas sepakan penalti pada masa tambahan, menyebabkan air matanya mengalir di padang.

Namun, dia menebus kesilapannya dengan menjaringkan penalti pertama dalam penentuan.

Penjaga gol Diogo Costa menyelamatkan cubaan tiga penalti berturut-turut, menyaksikan Portugal menang 3-0 ke atas Slovenia untuk mara ke suku akhir.

Portugal bakal berdepan pasukan pilihan Perancis, dalam pusingan seterusnya selepas Perancis menang tipis 1-0 ke atas Belgium dalam perlawanan sebelum itu.

Selain Ronaldo, Bruno Fernandes dan Bernardo Silva berjaya menyempurnakan penalti mereka, memastikan kemenangan Portugal dan tempat di suku akhir.

“Perlawanan kali ini diwarnai suka dan duka. Inilah bola sepak. Anda tidak dapat menjelaskannya,” kata Ronaldo dalam temu bual selepas perlawanan.

— BERNAMA-XINHUA

 

 



Source link

OR

Scroll to Top