Fadhlina Sidek perjelas kenyataan ‘simpan bawah karpet’ – “Bukan maksud kes sekolah disembunyikan”

Fadhlina Sidek perjelas kenyataan ‘simpan bawah karpet’ – “Bukan maksud kes sekolah disembunyikan”

Fadhlina Sidek perjelas kenyataan ‘simpan bawah karpet’ – “Bukan maksud kes sekolah disembunyikan”


Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek perjelas kenyataan Ketua Pengarah Pendidikan, Dr Mohd Azam Ahmad, yang mendedahkan banyak perkara negatif berkait sistem pendidikan negara ‘disimpan bawah karpet’.

Menurut laporan Berita Harian, Fadhlina menegaskan, kenyataan itu tidak bermaksud kementerian atau pihak sekolah cuba menyembunyikan sebarang kes yang berlaku di mana-mana institusi pendidikan bawah KPM.

Fadhlina Sidek perjelas kenyataan

Fadhlina Sidek perjelas kenyataan

Sebaliknya kebanyakan insiden tersebut sebenarnya telah dilaporkan malah ada yang sampai ke peringkat Jabatan Pendidikan Negeri (JPN).

Namun tidak dikategorikan sebagai serius, menyebabkan tindakan intervensi menyeluruh tidak dapat dilaksanakan.

“Apa yang beliau tegaskan adalah terdapat insiden di sekolah yang sebenarnya sudah diketahui atau dimaklumkan kepada pihak berkaitan, sama ada guru, pentadbir, guru kaunseling, Pejabat Pendidikan Daerah (JPN) atau Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), namun ketika itu dianggap sebagai kes kecil, tidak serius atau bersifat sementara.
“Akibat persepsi itu, tindakan intervensi diambil mungkin bersifat ringan dan tidak menyeluruh. Itu yang sangat menggusarkan hati kami jika kes seperti ini tidak diberikan perhatian dan kami tidak dapat melaksanakan siasatan dan intervensi yang menyeluruh.
“Keadaan ini menyebabkan sebahagian kes berlarutan sehingga menimbulkan implikasi yang lebih besar,” katanya pada Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.

Artikel lain: Mainkan peranan! Budaya berani lapor perlu demi pelajar selamat – KP Pendidikan

Fadhlina Sidek perjelas kenyataan

Terdahulu, Dr Mohd Azam secara terbuka mengakui menemui pelbagai isu negatif dalam sistem pendidikan negara yang sebelum ini ‘disimpan di bawah karpet’, meskipun baru tiga bulan memegang jawatan berkenaan.

Menurutnya, antara perkara yang dikesan termasuk aduan membabitkan kes amang seksual dan buli yang berlaku dalam institusi di bawah seliaan Kementerian Pendidikan (KPM).

Sumber: Berita Harian (Zanariah Abd Mutalib)





Source link

OR

Scroll to Top