FAM pecat Persatuan Bola Sepak Perlis

FAM pecat Persatuan Bola Sepak Perlis


FAM telah memecat PFA kerana gagal melunaskan gaji bekas pengarah bola sepak pasukan itu.

PERSATUAN Bolasepak Perlis (PFA) dipecat sebagai ahli gabungan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) berkuat kuasa serta-merta.

Keputusan itu dimuktamadkan menerusi Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif FAM kali keempat bagi penggal 2025-2029 yang berlangsung pada Khamis.

Ia sekali gus mengesahkan ketetapan Kongres FAM terdahulu yang dibuat pada 15 Februari lalu.

Tindakan tegas itu diambil selepas PFA gagal melunaskan tunggakan bayaran kepada bekas pengarah bola depak pasukan berkenaan, Matthew Mark Holland, dalam tempoh yang ditetapkan oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).

Sebelum ini, FAM telah terlebih dahulu menggantung PFA di bawah Artikel 17 Statut FAM sehingga semua bayaran penuh seperti diarahkan FIFA pada 11 November 2024 diselesaikan.

Namun, selepas enam bulan tempoh penggantungan diberikan, PFA masih gagal melaksanakan tanggungjawab tersebut, sekali gus membawa kepada pemecatan rasmi di bawah Artikel 18 Statut FAM.



Source link

OR

Scroll to Top