norhayati_nordin@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Pasangan sejoli, Fattah Amin, 35, dan Amira Othman, 32, serta Bella Astillah, 32, dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Abdul Rahman,33, menjadi perhatian ramai di media sosial.
Ia berikutan sempena meraikan Aidilfitri hari ini, empat figura popular itu didapati menggayakan warna sedondon iaitu Fattah dan Amira tampil memilih warna biru, manakala Syed Saddiq dan Bella memakai busana berwarna oren.
Walaupun jauh di mata ketika ini kerana beraya bersama keluarga di negeri berbeza, namun ternyata mereka selalu dekat di hati masing-masing apabila tetap tampil sedondon.
Meninjau ke ruangan komen di akaun Instagram Fattah dan Amira, kebanyakan netizen didapati gembira dan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada kedua-duanya.
“Eh tersama pula dengan rakan sekerja ek,” tulis netizen di ruangan komen Fattah.
“Sedondon dengan Kak Long. Walaupun jauh tapi sama. Faham-faham,” tulis warga maya.
“Selamat hari raya, cantiknya warna ni sedondon pula dengan Abang Long,” kata warganet di ruangan komen Amira.
“Family dengan Abang Long sama tema, by the way selamat hari raya Kak Long,” ujar pengguna media sosial.
Begitu juga pelbagai komen lucu dan menghiburkan yang ditinggalkan netizen pada hantaran foto di Instagram Bella Astillah dan Syed Saddiq.
“Moga tahun depan Bella beraya with Syed Saddiq as suami isteri pula.. amin..,” kata warganet kepada Bella.
“Sama temalah dengan orang tersayang eh, selamat hari raya Bella,” ujar pengguna media sosial.
“Selamat hari raya YB, last single kan raya tahun ni?,” tulis netizen pada hantaran Syed Saddiq.
“Sejak dengan Bella makin pandai jedaq jeduq lipsync ekk. Selamat hari raya YB,” komen wargamaya.
Sama ada Fattah, Amira, Bella dan Syed Saddiq, mereka berempat kini menjadi figura kesayangan netizen yang mendoakan pasangan ini agar bertemu jodoh hingga ke jenjang pelamin.
© New Straits Times Press (M) Bhd