Firma Broker Hartanah Mewah terkemuka di Mexico, Ronival Real Estate, Menjalin Kerjasama dengan eXp Realty

Firma Broker Hartanah Mewah terkemuka di Mexico, Ronival Real Estate, Menjalin Kerjasama dengan eXp Realty


BELLINGHAM, Washington, Aug. 05, 2026 (GLOBE NEWSWIRE) — eXp Realty®, the most agent-centric™ real estate brokerage on the planet dan anak syarikat teras eXp World Holdings, Inc. (Nasdaq: AGNT), hari ini mengumumkan bahawa Ronival Real Estate, syarikat transaksi nombor satu di Baja California Sur, Mexico, telah memilih eXp Realty sebagai platform globalnya. Pengasas Nick Fong dan Rocio Montaño, dua nama yang paling dikenali dalam sektor hartanah mewah di rantau ini, membawa keseluruhan operasi mereka ke dalam rangkaian global eXp.

Baja California Sur bukan lagi pasaran seperti dahulu. Daripada sebuah destinasi percutian, kawasan ini kini berkembang menjadi salah satu pasaran hartanah mewah paling kompetitif di dunia, dengan jualan melebihi USD1.1 bilion pada tahun 2025, purata hartanah ultra mewah sebanyak USD3.2 juta di Koridor San José dan purata serantau sebanyak USD970,000. Pasaran tersebut sebahagian besarnya dipacu oleh pembeli antarabangsa yang mempunyai nilai bersih tinggi dari Amerika Syarikat, Kanada dan negara lain. Mereka bukan lagi sekadar berkunjung, malah berpindah, melabur dan menetap secara kekal.

“Nick dan Rocio membangunkan Ronival sehingga menjadi firma broker hartanah mewah yang dominan di Baja California Sur dengan melihat sempadan sebagai peluang ketika orang lain melihatnya sebagai halangan. Itulah pemikiran eXp,” kata Leo Pareja, Ketua Pegawai Eksekutif eXp Realty. “Ejen kami kini mempunyai akses langsung kepada salah satu pasaran hartanah mewah yang paling mendapat permintaan di dunia melalui pasukan yang telah berusaha selama 20 tahun untuk mencapai kedudukan teratas. Apabila firma broker terbaik dalam pasaran memilih eXp, itu sendiri merupakan satu kenyataan. Kami berbesar hati mengalu-alukan mereka ke dalam rangkaian kami.”

Fong, yang mengasaskan Ronival bersama Montaño pada tahun 2010 dan membangunkannya menjadi peneraju pasaran hartanah Baja Sur, menjelaskan faktor yang mendorong mereka memilih eXp.

“Kami mencari peluang untuk berkembang tanpa perlu berkompromi—suatu struktur yang dapat meningkatkan pendapatan ejen kami, memperluas rangkaian rujukan kami di peringkat antarabangsa dan menyediakan infrastruktur untuk bersaing pada tahap tertinggi tanpa merombak segala yang menjayakan Ronival. Apabila kami melihat potensi yang dapat direalisasikan melalui kerjasama ini, ia bukan lagi sekadar soal penambahan. Kesannya berganda—kedua-dua pihak saling memperkukuh. Kesan pengganda itulah yang kami cari dan kami tidak menemuinya di tempat lain,” kata Fong.

Bagi eXp, langkah ini mengukuhkan kedudukannya dengan segera dalam salah satu pasaran hartanah mewah paling kompetitif di Mexico dan memperluas operasinya di rantau CALA. Bagi Ronival, langkah ini membuka akses kepada infrastruktur global, rangkaian rujukan dan platform teknologi untuk berkembang ke pasaran baharu serta melayani pelanggan antarabangsa yang semakin ramai.

“Apa yang dibangunkan oleh Nick dan Rocio di Baja California Sur sememangnya luar biasa dalam segala aspek. Keputusan mereka memilih eXp mencerminkan visi dan cita-cita mereka. Mereka menyedari bahawa pelanggan mereka sudah beroperasi secara global, pasaran mereka telah melangkaui infrastruktur sedia ada dan fasa seterusnya memerlukan platform yang setanding dengan skala tersebut. Inilah petunjuk yang mendorong perkembangan eXp di seluruh CALA dan rantau lain,” kata Felix Bravo, Pengarah Urusan eXp Realty International.

Seiring dengan globalisasi industri hartanah, kerjasama antara eXp Realty dengan Ronival mewujudkan model baharu yang membolehkan pengendali tempatan bertaraf dunia dan platform global berkembang bersama.

Perihal eXp World Holdings, Inc. (AGNT)

Dibina oleh Ejen. Dibina untuk Ejen. (Built by Agents. Built for Agents.) eXp World Holdings, Inc. (Nasdaq: AGNT) ialah syarikat induk global bagi eXp Realty®, the most agent-centric™ real estate brokerage on the planet, NextHome, Inc., francais hartanah nasional yang memenangi anugerah, FrameVR.io, platform kerjasama maya, dan SUCCESS® Enterprises, jenama pembangunan diri dan media terkemuka untuk usahawan. Bersama-sama, platform AGNT menyediakan sistem operasi pelbagai model bertaraf dunia yang memperkasa ejen bebas, pemilik francais, serta ketua pasukan di seluruh benua Amerika, Eropah, Timur Tengah, Asia Pasifik dan Afrika Selatan. Sebagai syarikat tersenarai awam, eXp World Holdings mengutamakan ketelusan, inovasi dan nilai jangka panjang untuk ejen, pemilik francais, kakitangan dan pemegang saham.

Safe Harbor dan Kenyataan Prospektif

Siaran akhbar ini mengandungi pernyataan prospektif dalam makna Akta Pembaharuan Litigasi Sekuriti Persendirian 1995. Kenyataan ini mencerminkan jangkaan semasa Syarikat dan pihak pengurusannya, tetapi melibatkan risiko serta ketidakpastian yang diketahui dan tidak diketahui yang boleh memberi kesan ketara terhadap keputusan sebenar. Kenyataan ini termasuk, tetapi tidak terhad kepada, kejayaan yang dijangkakan bagi ejen atau pasukan yang menyertai eXp Realty, sasaran pengeluaran atau unjuran volum masa hadapan, serta penyertaan atau manfaat daripada platform, alat, model pampasan atau program ekuiti Syarikat. Faktor penting yang boleh menyebabkan keputusan sebenar berbeza secara ketara dan negatif daripada kenyataan berpandangan ke hadapan termasuk turun naik pasaran hartanah, perubahan dalam pengekalan atau pengambilan ejen, tekanan persaingan, perubahan kawal selia serta risiko lain yang diperincikan dari semasa ke semasa dalam pemfailan Syarikat kepada Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa, termasuk tetapi tidak terhad kepada Laporan Suku Tahunan terbaharu pada Borang 10-Q dan Laporan Tahunan pada Borang 10-K. Kami tidak mempunyai sebarang kewajipan untuk mengemas kini kenyataan ini kecuali sebagaimana yang dikehendaki oleh undang-undang.

Hubungan Media
eXp World Holdings, Inc.
mediarelations@expworldholdings.com

Hubungan Pelabur
Denise Garcia
investors@expworldholdings.com

Foto yang disertakan bersama pengumuman ini boleh didapati di: https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/e01a8d2b-c05d-4bcc-a526-77b303099f33



Source link

OR

Scroll to Top