Foto Kahwin Curi Perhatian, Kasih Iris Leona Perjelas Situasi Sebenar – “Jangan Cakap Suami, Boyfriend Pun Tak Ada Untuk Saya Update”

Foto Kahwin Curi Perhatian, Kasih Iris Leona Perjelas Situasi Sebenar – “Jangan Cakap Suami, Boyfriend Pun Tak Ada Untuk Saya Update”


Personaliti media sosial, Kasih Iris Leona tampil menjelaskan kekeliruan susulan tular foto seolah-olah dirinya sudah berkahwin secara senyap, sekali gus menafikan spekulasi tersebut.

Menerusi perkongsian di platform TikTok miliknya, Leona menjelaskan dakwaan itu jelas tidak berasas memandangkan kehidupannya sering dikongsi secara terbuka di media sosial.

“Kau orang fikir leona akan kahwin senyap-senyap ke? Berak pun saya TikTok, langgar kereta pun saya TikTok, patah hati pun saya TikTok, bangun pagi pun saya TikTok… Nampak sangat tak ada boyfriend atau suami. Jangan cakap suami, boyfriend pun tak ada untuk saya update,” katanya.

Dalam pada itu, Leona turut menegaskan adalah mustahil untuk dia berkahwin secara senyap-senyap tanpa pengetahuan umum.

“Kau orang percaya ke saya kahwin senyap-senyap. Tak ada maknanya. Kalau saya nak kahwin, saya punya cincin 10 kilometer boleh nampak batunya.

“Tapi sekarang, saya macam nak lah kahwin senyap-senyap… macam best je,” selorohnya.

 

Terdahulu, foto berbusana pengantin yang dikongsikan anak kepada pelakon Azhar Sulaiman itu menyorot perhatian ramai sekaligus menimbulkan pelbagai persoalan dalam kalangan warganet.

ARTIKEL BERKAITAN:Akui Cemburu Ramai Kawan Dah Kahwin, Leona Harap Tahun 2026 Bertemu Jodoh

ARTIKEL BERKAITAN:Luahan Cik B Pada Video DSV Undang Sebak, Leona Tampil Titip Kata Semangat – “You Are Perfect As You Are…”

ARTIKEL BERKAITAN:Kereta Baru Leona Curi Perhatian, Netizen Dakwa Nombor Plat Lebih Mahal Dari Harga Kenderaan – “Menangis Tengok! Boleh Beli Sebiji Lagi Proton Emas”

ARTIKEL BERKAITAN:Lengkap Berbusana Merah Jambu, Keluarga ‘Celebrate’ Majlis Konvokesyen Kasih Iris Leona Di London

ARTIKEL BERKAITAN:“Kalau Leona Pakai Tudung Esok, Dia Terus Dapat Pahala” – Azhar Sulaiman



Source link

OR

Scroll to Top