mhafis@mediaprima.com.my
Kuala Lumpur: Gelandangan warga asing ditahan selepas merosakkan kereta polis di hadapan Hotel Kingston, Jalan Hang Lekiu, di sini, kelmarin.
Timbalan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Superintenden Nuzulan Mohd Din berkata, suspek berusia lingkungan 40-an ditahan di lokasi kejadian dengan bantuan orang awam kira-kira jam 11.57 malam.
“Siasatan awal mendapati suspek disyaki mengalami masalah kesihatan membaling objek dipercayai bata ke arah kenderaan milik polis sehingga menyebabkan kerosakan.
“Suspek direman selama tiga hari bermula Khamis hingga Sabtu bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat serta Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.
© New Straits Times Press (M) Bhd






