Gelar Abang Ipar P*ndan? Perkongsian Adik Dr. Fie Curi Tumpuan, Dakwa Nubhan Lari Rumah Setiap Kali Ada Masalah

Gelar Abang Ipar P*ndan? Perkongsian Adik Dr. Fie Curi Tumpuan, Dakwa Nubhan Lari Rumah Setiap Kali Ada Masalah


Perkongsian terbaru adik ipar kepada penyanyi Nubhan, iaitu Zaim Tawfek, mencuri perhatian ramai selepas tampil mempertahankan kakaknya, Dr. Afifah Hidayah Tawfek atau lebih dikenali sebagai Dr. Fie.

Menerusi platform Threads, Zaim dilihat meninggalkan komen pada salah satu hantaran Dr. Fie yang memohon doa orang ramai agar urusan rumah tangganya dipermudahkan.

Dalam komen berkenaan, Zaim bukan sahaja menempelak penyanyi berusia 39 tahun itu sebagai ‘lelaki pondan’, malah turut mendakwa Nubhan sering melarikan diri dari rumah setiap kali berdepan masalah.

“Buat apa nak meratapi lelaki pondan. Ada masalah, lari rumah. Rupanya lari nak duduk dengan bibik,” tulisnya.

Terdahulu, konflik rumah tangga antara Nubhan dan Dr. Fie hangat diperkatakan selepas pelantun lagu Ada Untukmu itu menulis perkataan ‘Amber Heard’ di Instagram Story (IGs) miliknya seolah memberi bayangan sesuatu tentang perkahwinannya.

Susulan itu, ramai netizen meluahkan rasa kecewa terhadap tindakan Nubhan yang memfailkan permohonan hadanah (penjagaan anak), malah ruangan komen media sosialnya turut dibanjiri kritikan.

Lebih mencuri perhatian, netizen mendakwa Nubhan telah memadam komen isterinya pada perkongsian terbaharunya yang memaparkan momen anak-anak mereka bersama pembantu rumah.

Artikel Berkaitan: “Bibik Lebih Layak Dari Ibunya?” – Netizen Dakwa Nubhan Padam Komen Meruntun Jiwa Isteri?

Untuk rekod, Nubhan pernah melafazkan cerai kali pertama pada 2017, namun pasangan itu rujuk dalam tempoh tiga hari. Perceraian kali kedua pula dilaporkan berlaku pada 26 Ogos lalu.

Prosiding pengesahan lafaz cerai di Mahkamah Rendah Syariah Sepang, Selangor, bagaimanapun ditangguhkan ke 2 Disember depan.

Nubhan dan Dr. Fie mendirikan rumah tangga pada 29 Ogos 2015, dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan tiga cahaya mata Aafiya, 8, Ahmad Aaffan, 6 dan Afzan Nayille, 3.

Artikel Berkaitan: “Saya Besarkan Mereka Dengan Doa Dan Impian” – Nubhan Fail Hadanah, Ciapan Dr. Fie Raih Tumpuan



Source link

OR

Scroll to Top