July 15, 2024

Gempa bumi kuat 7.2 magnitud melanda Peru

Gempa bumi kuat 7.2 magnitud melanda Peru


LIMA – Gempa bumi berukuran 7.2 magnitud melanda tidak jauh dari pantai Peru mencetuskan amaran tsunami untuk negara Amerika Selatan itu.

Persatuan Geologi Amerika Syarikat (AS) menganggap gempa 7.2 magnitude itu sebagai gempa bumi besar.

Media-media tempatan melaporkan, Tentera Laut Peru telah mengeluarkan amaran tsunami.

Sistem Amaran Tsunami AS memberi amaran ombak sehingga tiga meter (10 kaki) boleh melanda pantai Peru berikutan gempa itu.

Ketua Hidrografi dan Navigasi, Gustavo Cordova memberitahu, kemungkinan tsunami “tidak boleh diketepikan.”

Lantaran itu, orang ramai harus kekal berhati-hati kerana pihak berkuasa terus memantau keadaan di sepanjang pantai Peru.

Pusat Amaran Tsunami AS, bagaimanapun menegaskan, ancaman tsunami kini telah berlalu.

Susulan gempa bumi itu, pihak berkuasa Peru digesa mengaktifkan protokol keselamatan mereka ketika Institut Geofizik (IGP) mengeluarkan amaran tsunami.

Gempa bumi melanda lapan kilometer timur Atiquipa, kira-kira 600km selatan ibu kota Peru Lima.

Kerajaan Peru berkata, mereka sedang memantau keadaan dan menilai kemungkinan kerosakan yang mungkin disebabkan oleh gempa itu.

Penduduk di Caravelí, dekat Atiquipe berkata, tanah terbelah dua kerana kejutan seismik yang kuat.

Satu lagi video kononnya menunjukkan air surut di sepanjang pantai Peru – kejadian biasa menjelang tsunami.

Peru terletak di Lingkaran Api Pasifik, di mana lebih 80 peratus aktiviti seismik dunia berlaku.

Gempa bumi dahsyat terakhir di negara itu berlaku di luar bandar Pisco pada bulan Ogos 2007. – Agensi



Source link

OR

Scroll to Top