June 24, 2024

Gerakan gesa sidang khas Parlimen bincang bantuan Palestin


KUALA LUMPUR – Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) menggesa supaya Persidangan khas Dewan Rakyat diadakan bagi membincangkan tindakan antarabangsa yang boleh dilakukan kerajaan bagi membantu Palestin.

Presidennya, Datuk Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai berkata, persidangan itu penting bagi mencari solusi sekaligus mencari jalan mengekang kekejaman Israel terhadap penduduk Gaza.

“Israel mengabaikan arahan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) untuk menghentikan serangan. Sebaliknya, mereka mengebom zon selamat kurang daripada 200 meter dari perkarangan Agensi Bantuan dan Kerja Raya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Rafah, hanya dua hari selepas arahan ICJ dikeluarkan.” katanya menerusi kenyataan.

Menurut Dominic, bantuan kemanusiaan kepada Palestin tidak memadai apabila kini kekejaman zionis semakin hari semakin melampaui batas.

Sehubungan itu, beliau mahu Ahli Dewan Rakyat perlu berbincang bagi menentukan tindakan seterusnya yang boleh diambil.

“Bantuan kemanusiaan sahaja tidak mencukupi untuk membantu rakyat Palestin yang terperangkap, Malaysia perlu mengetuai pertuduhan dan membawa komuniti ASEAN bersama-sama untuk mengutuk serangan Rafah dan perhimpunan bagi sekatan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) terhadap Israel,” tambahnya.

Israel menyerang dari udara khemah penduduk di Rafah iaitu satu-satunya tempat berlindung sehingga mengakibatkan sekurang-kurangnya 200 orang terbunuh secara tragis.

Israel memberi alasan kononnya serangan itu berdasarkan risikan untuk menghapuskan ketua kumpulan pejuang Hamas.-MalaysiaGazette



Source link

OR

Scroll to Top