GISBH: 24 individu termasuk CEO direman lagi jadikan pekerja buruh paksa

GISBH: 24 individu termasuk CEO direman lagi jadikan pekerja buruh paksa


PETALING JAYA : Polis sekali lagi menahan reman 24 individu termasuk Pengerusi yang juga Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) GISB Holdings (GISBH), Datuk Nasiruddin Mohd Ali bermula hari ini bagi membantu siasatan susulan laporan polis berkaitan pekerjanya dijadikan ‘buruh paksa’ kumpulan itu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, CEO terbabit bersama isteri dan tiga anaknya antara 24 orang direman hingga 4 Oktober ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 12 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (Atipsom) (Pindaan) 2022.

“Mereka ditahan reman sekali lagi susulan satu laporan polis dibuat oleh mangsa di Cheras yang dieksploItasi suspek ketika bekerja disyarikat terbabit dan tidak menerima bayaran gaji,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Sebelum ini, Nasiruddin Mohd Ali, bersama 18 yang lain ditahan polis dalam Op Global susulan laporan rumah amal kendalian syarikat itu yang didakwa melakukan penderaan, pengabaian serta salah laku seksual sebelum direman di Shah Alam.

Terdahulu, sebanyak 10 laporan polis dibuat oleh bekas pengikut GISBH yang mendakwa dijadikan ‘buruh paksa’ kumpulan itu.

Laporan itu dibuat selepas gesaan Ketua Polis Negara meminta mangsa yang pernah dieksplotasi kumpulan itu tampil membuat laporan polis.

Tarikh kejadian kesemua mangsa dijadikan buruh paksa berlaku dari 2013 hingga tahun ini.

Mangsa yang terbabit pada tarikh kejadian berusia lingkungan 14 hingga 20-an. Lokasi kejadian berlaku di Miri, Sarawak; Rawang, Selangor dan Alor Setar, Kedah. – UTUSAN





Source link

OR

Scroll to Top