July 27, 2024

GNI sasar tembusi 2,000 cawangan farmasi seluruh negara

GNI sasar tembusi 2,000 cawangan farmasi seluruh negara


KUALA LUMPUR – Pengeluar terbesar produk minyak Sacha Inchi di negara ini, GNI Pharma Sdn Bhd menyasarkan untuk menembusi 2,000 cawangan farmasi pada tahun ini.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya, Syed Gaddafi Syed Saifuddin, usaha itu adalah bagi memperluaskan saluran pengedaran produk yang sebelum ini dijual secara dalam talian.

Katanya, ia sekaligus akan memudahkan pengguna untuk mendapatkan rangkaian produknya.

“Seiring dengan sasaran itu, GNI memeterai memorandum persefahaman (MoU) bersama tiga farmasi tempatan iaitu Farmasi Al-Arif, Superbig Farmasi dan Medicart Farmasi di Ampang, Selangor,” katanya dalam kenyataan.

Syed Gaddafi berkata, dalam usaha menuju ke hadapan, GNI Pharma bercadang untuk membina ekosistem perniagaan dengan
menubuhkan makmal bagi penyelidikan dan pembangunan (R&D) produknya.

Ujarnya, selepas berjaya melebarkan sayap ke Singapura, Brunei dan Indonesia, GNI Pharma menyasarkan untuk terus memperkukuh jualan di pasaran antarabangsa menerusi kerjasama dengan beberapa rakan strategik.

Terdahulu, GNI Pharma menganjurkan Majlis Penghargaan Pelanggan dan salah seorang daripada yang hadir telah berjaya membawa pulang sebuah Perodua Bezza melalui cabutan bertuah tahunan anjuran syarikat tersebut. – MalaysiaGazette



Source link

OR

Scroll to Top