July 27, 2024

MPOCC kini dikenali MPSO, disaran tambah nilai industri sawit negara

MPOCC kini dikenali MPSO, disaran tambah nilai industri sawit negara


KUALA LUMPUR – Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) disaran untuk memberi perhatian kepada tiga perkara dalam memastikan majlis tersebut dapat terus memberi nilai tambah kepada industri sawit negara.

Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, MSPO perlu bersifat dinamik dan bergerak seiring dengan keutamaan dunia yang kian berubah.

Menurut beliau, MSPO perlu bersifat dinamik dan bergerak seiring dengan keutamaan dunia yang kian berubah.

“Kementerian akan memastikan skim pensijilan MSPO sentiasa ditambah baik supaya dapat kekal relevan demi memenuhi piawaian kemampanan antarabangsa, terutamanya berkaitan elemen kebolehjejakan, bebas penebangan hutan, pemilikan sah ke atas tanah dan amalan buruh yang baik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Ulangtahun ke-10 MPSO, di sini, hari ini.

Teks ucapan beliau dibaca oleh Timbalan Ketua Setiausaha, Perancangan Strategik dan Pengurusan kementerian, Datuk Abdul Hadi Omar.

Majlis Ulangtahun ke-10 MPSO berlangsung di sini hari ini.

Pada majlis sama, Johari turut mengumumkan penjenamaan semula Majlis Pensijilan Minyak Sawit Malaysia (MPOCC) sebagai Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO).

Pertukaran nama MPOCC kepada MSPO merupakan salah satu inisiatif pemantapan penjenamaan semula MSPO sebagai sebuah skim pensijilan minyak sawit yang berkualiti dan terbaik di dunia.

MSPO juga telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bersama empat  institusi pengajian tinggi iaitu IIUM Higher Education Sdn. Bhd., Persatuan Regenerasi dan Kelestarian Alam, Kolej FELCRA dan City University.

Seramai 10 Duta Belia MSPO dari setiap institusi telah dipilih bagi mempromosi dan memberi kesedaran kepada pelajar lain berkenaan pensijilan MSPO.

Mengulas lanjut, Johari memberitahu, usaha-usaha mempromosi MSPO akan disempurnakan lagi dengan pelancaran Pelan Tindakan Strategi MSPO pada tahun ini sehingga 2026 yang mengutamakan 57 inisiatif strategik.

Menurutnya, ia merangkumi tiga strategi utama seperti membina skim pensijilan kemampanan yang teguh dan boleh dipercayai, ,memastikan pematuhan pemain industri dan memberi nilai tambah kepada pensijilan MSPO serta memperluaskan pengiktirafan dan penerimaan MSPO.

“Baru-baru ini, di dalam perbincangan dua hala antara pihak Kementerian dan Kesatuan Eropah (EU) berkenaan isu European Union Deforestation-free Regulation (EUDR) dan MSPO, kita telah mendapat respon yang positif berkaitan usaha Malaysia untuk mengurangkan kadar penebangan hutan.

“Pihak Kesatuan Eropah (EU) juga memberi pengiktirafan yang bermakna atas komitmen Malaysia terhadap pengeluaran produk komoditi yang mampan,” katanya. – MalaysiaGazette



Source link

OR

Scroll to Top