Erling Haaland menjadi sandaran City dalam merobek gawang lawan di pusingan playoff Liga Juara-Juara. Foto: Agensi
PEP Guardiola mengakui bahawa Manchester City mungkin diundi bertemu dengan penyandang juara, Real Madrid pada pusingan playoff Liga Juara-Juara (UCL).
Guardiola juga tidak menolak kemungkinan City diundi menentang gergasi Jerman, Bayern Munich.
Namun, pengendali dari Sepanyol itu kekal optimis dengan menyatakan bahawa mereka mempunyai masa yang mencukupi bagi pemain cedera kembali pulih.
City mengesahkan tempat ke pusingan playoff bagi merebut lapan lagi slot ke peringkat kalah mati, selepas menewaskan Club Brugge 3-1 di Stadium Etihad.
“Bayern atau Real Madrid akan menjadi perlawanan yang sangat sukar.
“Tetapi kami masih mempunyai kesempatan selama dua minggu di mana pemain yang cedera akan pulih.
“Kami akan mendapatkan semula skuad terbaik untuk saingan playoff,” ujar Guardiola.
Sejarah pertemuan antara Manchester City dan Real dalam UCL berlangsung sengit dengan kedua-dua pasukan bertemu di separuh akhir selama tiga musim berturut-turut.
Real menang dalam dua pertemuan tersebut pada 2022 dan 2024, manakala City mengatasi kelab Sepanyol itu pada 2023.
Guardiola pasti menyedari cabaran besar yang menanti anak buahnya kerana Real telah terbukti menjadi pasukan yang sangat kuat dalam pertandingan Eropah, memenangi UCL dua musim berturut-turut pada 2022 dan 2024.