Guru didakwa pukul murid, tampar ibu: KPM serah kepada JPN, PPD ambil tindakan


Kementerian Pendidikan (KPM) menyerahkan kepada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) untuk mengambil tindakan berhubung kes seorang guru ditahan kerana dipercayai memukul seorang murid dan ibunya di sebuah sekolah rendah di Pasir Mas, Rabu lepas.

Ketua Pengarah Pendidikan Datuk Dr Mohd Azam Ahmad berkata beliau tidak dapat mengulas lanjut mengenai kes itu kerana baru menerima maklumat berhubung perkara berkenaan.

“Saya pasti JPN, PPD serta pihak sekolah akan mengambil tindakan mengikut peraturan yang ada,” katanya kepada pemberita selepas penyerahan bas sekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Naim Lilbanat, di Kota Bharu hari ini.

Foto: UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN.

Rabu lepas, polis menahan seorang guru lelaki kerana disyaki memukul seorang murid serta menampar ibu murid berkenaan dalam dua kejadian berasingan di Pasir Mas.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan menggunakan senjata atau cara berbahaya.

Sumber: Bernama





Source link

OR

Scroll to Top