Haaland bantu Norway benam Senegal

Haaland bantu Norway benam Senegal

Haaland bantu Norway benam Senegal


East Rutherford, New Jersey: Erling Haaland menjaringkan dua gol pada perlawanan Piala Dunia kedua berturut-turut ketika Norway menewaskan Senegal 3-2 sebentar tadi untuk menyamai kutipan enam mata Perancis di puncak Kumpulan I.

Norway membuka jaringan pada minit ke-43 apabila pertahanan Senegal, Kalidou Koulibaly, tersalah mengagak ketika melakukan hantaran keluar. Pemain gantian Marcus Pedersen pantas menyerbu ke dalam kotak penalti sebelum melepaskan rembatan kencang yang menewaskan penjaga gol Edouard Mendy.

Haaland hampir menambah jaringan sebelum rehat apabila percubaannya terkena tiang, namun hanya tiga minit selepas babak kedua bermula beliau menggandakan kelebihan Norway. Penyerang itu menyambut hantaran terobosan Martin Ødegaard sebelum melepaskan rembatan deras ke penjuru atas gawang.

Ismaila Sarr merapatkan kedudukan pada minit ke-53 selepas hantaran kemas daripada Sadio Mané memecahkan benteng pertahanan Norway.

Namun Senegal sekali lagi gagal mengeluarkan bola dengan kemas lima minit kemudian dan Patrick Berg menyediakan peluang kepada Haaland untuk melakukan voli yang terkena palang sebelum masuk ke gawang.

Sarr menjaringkan gol keduanya jauh dalam masa kecederaan, tetapi Norway berjaya bertahan untuk memastikan pertembungan penentuan kumpulan yang menarik menentang Perancis pada Jumaat ini.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top