ISTANBUL- Peminpin kanan Hamas menggesa pelajar-pelajar universiti untuk meneruskan protes di seluruh dunia bagi menggesa Amerika Syarikat menamatkan sokongan terhadap Israel yang masih tidak henti-henti menyerang Gaza serta mula melancarkan operasi ketenteraan ke atas Tebing Barat pada Rabu.
“Dengan tahun akademik akan bermula semula dan pada sama operasi Al-Aqsa Flood menyambut ulang tahun pertama (7 Oktober), persiapan perlu dilakukan dari segenap segi bagi menghantar mesej kepada Washington dan dunia untuk menghentikan keganasan di Gaza,” kata bekas Ketua Biro Politik Hamas, Khaled Mashal.
Beliau berkata demikian pada persidangan untuk memperingati pembakaran Masjid Al-Aqsa pada 1969 di Istanbul.
“Jangan biarkan Gaza bersedirian,” kata Mashal lagi sambil menggesa warga dunia melaksanakan pelbagai aktiviti untuk menyokong Gaza.
Pada 18 lalu, mahasiswa Colombia University yang pro-Palestin telah ‘berkampung’ untuk mendesak pelaburan universiti berkenaan yang mempunyai hubung kait dengan Israel serta pembunuhan beramai-ramai di Gaza.
Tindakan pelajar-pelajar berkenaan kemudiannya meluas ke lebih banyak universiti di Amerika Syarikat dan Eropah termasuk di Perancis, Jerman, Itali, Britain dan Kanada.
Mengulas mengenai perkembangan di utara Tebing Barat dan operasi tentera Israel, pemimpin Hamas itu berkata: “Situasi berkenaan memerlukan perjuangan terbuka.
“Mereka (Israel) memerangi kami secara terbuka dan kami pula akan menentang mereka secara terbuka,” katanya sambil menambah, langkah tersebut memerlukan serangan terhadap Israel perlu ditingkatkan.-Agensi