Hamilton mampu menyerlah bersama Ferrari

Hamilton mampu menyerlah bersama Ferrari


London: Bekas pemandu Formula Satu (F1) Johnny Herbert yakin Lewis Hamilton masih berkemampuan untuk menghadiahkan kejayaan buat Ferrari jika dia mendapat peralatan mencukupi untuk melakukannya.

Ia minggu bersejarah buat Hamilton yang melawat pangkalan Ferrari di Maranello untuk kali pertama.

Bukan sahaja Hamilton bertemu petugas Ferrari, dia turut mencuba jentera F1 mereka untuk julung kalinya yang disaksikan bersama ibu bapa pelumba itu.

Bercakap kepada Casinoutanspelpaus.io, Herbert mempertahakan kewibawaannya yang dianggap lebih bermotivasi berdasarkan pakej Ferrari kali ini lebih lengkap berbanding ketika bersama Ferrari tahun lalu.

“Motivasi di Ferrari dan dengan kereta yang bagus membolehkan Lewis menewaskan sesiapa sahaja sekali gus menjuarai satu lagi kejohanan,” kata Herbert.

“Tahun lalu, kita menyaksikan dia mempamerkan pemanduan hebat pada beberapa perlumbaan terakhir dan dia benar-benar hebat. Hamilton sudah pasti cukup laparkan gelaran dan keputusan di tangan Fred Vasseur untuk memberikannya kereta yang membolehkan dia merealisasikan impian Ferrari.

“2025 peluang terbaik untuk Ferrari memperbaiki prestasi berbanding tahun lalu dan tahun ini bakal mendapat pakej lebih kompetitif.”

Hamilton kini digalas harapan untuk menamatkan kemarau panjang Ferrari yang kali terakhir diraih pada 2008. Ferrari hampir melakukannya pada 2024 apabila hanya ketinggalan 13 mata di belakang McLaren dalam perebutan kejuaraan pengeluar.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top