Hanya Israel yang ada hubungan istimewa dengan AS – Duka UK ke Washington

Hanya Israel yang ada hubungan istimewa dengan AS – Duka UK ke Washington


London: Israel, bukannya United Kingdom (UK), adalah negara yang menikmati ‘hubungan istimewa’ dengan Amerika Syarikat (AS), menurut laporan Financial Times.

Kenyataan itu dibuat duta UK ke Washington, Christian Turner.

Ia timbul ketika King Charles III melawat Presiden AS, Donald Trump di Washington bagi memperbaiki hubungan kedua-dua negara.

Turner menyatakan, beliau tidak menyukai frasa ‘hubungan istimewa’ yang lazim digunakan bagi menggambarkan pakatan Britain-UK.

Beliau menyifatkan, istilah itu sebagai ‘agak nostalgik’ dan ‘melihat ke belakang’.

“Saya fikir mungkin hanya satu negara yang mempunyai hubungan istimewa dengan AS dan itu mungkin Israel,” tambah Turner.

Kementerian Luar UK berkata, kenyataan itu adalah komen peribadi dan tidak rasmi yang dibuat kepada sekumpulan pelajar tingkatan enam UK yang melawat AS pada awal Februari.

“Ia sama sekali tidak mencerminkan pendirian kerajaan UK,” tambah Pejabat Luar.

Difahamkan, hubungan antara London dan Washington merosot sejak permulaan perang Asia Barat, dengan Trump mengkritik Perdana Menteri UK, Keir Starmer kerana enggan memberikan sokongan lebih besar terhadap serangan AS-Israel ke atas Iran.

Lawatan negara raja itu dilihat sebagai usaha meredakan pentadbiran Trump.

Pentadbiran itu sebelum ini mengancam untuk membatalkan perjanjian perdagangan AS-UK yang dipersetujui tahun lalu.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top