Harga beras Vietnam meningkat di pasaran antarabangsa

Harga beras Vietnam meningkat di pasaran antarabangsa


HANOI – Harga beras Vietnam meningkat kukuh dalam pasaran asing pada separuh pertama tahun ini, lapora Vietnam News Agency (VNA) yang memetik statistik Jabatan Kastam.

Purata harga eksport beras negara ini meningkat lebih 18 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lepas.

Beras dijual pada AS$959 dolar setiap tan di Brunei, AS$868 Amerika Syarikat, AS$857 (Belanda), AS$847 (Ukraine), AS$836 (Iraq) dan AS$831 (Turkiye).

Vietnam mengeksport 4.68 juta tan beras dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini, memperoleh hasil AS$2.98 bilion menurut Kementerian Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar.

Paling ketara, dalam tempoh enam bulan pertama, eksport beras Vietnam ke Perancis meningkat secara mendadak kepada 18,200 tan bernilai AS$19.1 juta.

Vietnam menyasarkan mengeksport lebih 8 juta tan beras tahun ini. – Agensi



Source link

OR

Scroll to Top