Hargai pengorbanan cari Jaslinda, JAKOA salur bantuan ke Orang Asli sertai SAR -Zahid

Hargai pengorbanan cari Jaslinda, JAKOA salur bantuan ke Orang Asli sertai SAR -Zahid

Hargai pengorbanan cari Jaslinda, JAKOA salur bantuan ke Orang Asli sertai SAR -Zahid


Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) telah menyalurkan sumbangan kepada keluarga sukarelawan Orang Asli yang terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) Jaslinda Saludin sebagai tanda penghargaan atas pengorbanan mereka.

Bersyukur Jaslinda ditemui

Perkara tersebut dimaklumkan menerusi media sosial selepas Jaslinda yang dilaporkan hilang ketika mendaki di kawasan Gunung Batu Putih, Perak ditemukan dalam keadaan selamat petang semalam.

“Alhamdulillah, saya bersyukur apabila menerima khabar mengenai Jaslinda Saludin yang dilaporkan hilang ketika mendaki di kawasan Gunung Batu Putih, Perak telah ditemui dalam keadaan selamat,”

Menurut Zahid, kejayaan operasi SAR itu adalah hasil kerjasama pelbagai pihak termasuk pasukan keselamatan, agensi penyelamat, sukarelawan serta masyarakat Orang Asli yang bertungkus-lumus membantu sepanjang operasi dijalankan.

“Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih saya ucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR), termasuk pasukan keselamatan, agensi penyelamat, sukarelawan serta masyarakat Orang Asli yang bertungkus-lumus membantu sepanjang operasi ini dijalankan,”

Foto: Sukarewalan Orang Asli

Penghargaan khusus

Beliau turut merakamkan penghargaan khusus kepada masyarakat Orang Asli di Kampung Orang Asli Lubuk Gaharu dan Kampung Orang Asli Ampang Woh yang memainkan peranan penting sehingga membawa kepada penemuan Jaslinda dalam keadaan selamat.

“Saya turut merakamkan penghargaan khusus kepada masyarakat Orang Asli di Kampung Orang Asli Lubuk Gaharu dan Kampung Orang Asli Ampang Woh yang turut memainkan peranan sehingga membawa kepada penemuan Jaslinda dalam keadaan selamat,”

Jasa akan dikenang

Sebagai menghargai jasa dan pengorbanan mereka, JAKOA telah menyalurkan bantuan kepada keluarga sukarelawan Orang Asli yang terlibat dalam operasi tersebut.

“Sebagai tanda penghargaan atas pengorbanan mereka, Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) turut menyalurkan bantuan kepada keluarga sukarelawan Orang Asli yang terlibat dalam operasi ini,”

Dalam masa sama, Zahid mengajak orang ramai untuk sama-sama mendoakan agar Jaslinda terus diberikan kesihatan yang baik dan dapat segera kembali menjalani kehidupan seperti biasa bersama keluarga tersayang.

Semalam, pendaki wanita yang dilaporkan hilang di Gunung Batu Putih sejak 23 Mei lalu, Jaslinda Saludin, 49, ditemukan dalam keadaan selamat.

Mangsa ditemui di Kampung Lubuk Gaharu berhampiran Pos Musoh, dan penemuan beliau dimaklumkan oleh komuniti Orang Asli setempat kepada pihak berkuasa.

Sumber: Facebook Zahid Hamidi





Source link

OR

Scroll to Top