June 14, 2024

Hodak lakar sejarah menang tiga trofi di tiga negara


KUALA LUMPUR – Jurulatih Croatia, Bojan Hodak melakar sejarah tersendiri apabila membantu Persib Bandung muncul juara Liga 1 Indonesia semalam.

Asean Football melaporkan melaporkan kejayaan itu memastikan Hodak menggondol tiga trofi liga di tiga negara Asia Tenggara yang berbeza.

Trofi liga pertama yang diraih bekas pengendali KL City FC itu ialah trofi Cambodian League (kini Cambodian Premier League) bersama Phnom Penh Crown pada tahun 2011.

Kejayaan itu diraih dengan bantuan peledak berbisa pasukan dari Nigeria, Kingsley Njoku yang meledakkan 10 gol dalam liga untuk membantu The Red Singha muncul juara dengan 45 mata.

Di Malaysia, nama Hodak amat dikenali terutama apabila meraih dua kejuaraan Liga Super bersama dua pasukan berbeza.

Pengendali Croatia itu merasai kejayaan bergelar juara liga bersama Kelantan FC pada 2012.

Ini disusuli kejayaan Hodak membimbing Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) bergelar juara untuk musim 2014.

Dan kini, magis yang dimilikinya membantu Persib menamatkan kemarau kejuaraan liga sejak tahun 2014.

Lebih manis, kejayaan itu turut dipacu dengan sumbangan penjaring terbanyak liga musim ini, David da Silva yang juga bekas penyerang Terengganu FC yang menyumbat 30 gol buat Persib.

Selain merangkul gelaran liga di tiga negara berbeza, Hodak turut menggondol trofi Piala Sumbangsih (2015), Piala FA (2012, 2013) dan Piala Malaysia (2021). – MalaysiaGazette



Source link

OR

Scroll to Top